LAPORAN EXSAS HOMECOMING '08
21hb Jun, 2008
21hb Jun, 2008
1. Pendahuluan
Pada 21 Jun 2008 (Sabtu), telah berlangsung acara Homecoming 2008 bertempat di SEMSAS. Selain dibuka meja pendaftaran ahli-ahli baru atau ahli-ahli yang ingin menambah yuran keahlian, meja jualan barangan (merchandise) baru EXSAS juga telah dibuka.
2. Acara-acara terlibat
a) Sembang Perdana – perbincangan berbentuk forum ini membincangkan ciri-ciri dan kaedah yang diperlukan untuk membentuk kepimpinan yang efektif.
Pengerusi - Anuar Alawiyah Othman (SPM 1986).
Panel - YH Dato' Muhammad Imran Baharuddin (SPM 1978).
Tuan Hj Nordin (SPM 1978) Tuan Hj Nik Malek Nik Amin (SPM 1975).
b) Sembang Berfokus – pecahan mengikut tingkatan. Bagi Tingkatan 5, tumpuan lebih kepada perancangan masa hadapan apabila meninggalkan SEMSAS.
c) Asrama Terbuka / Spot Check– pemilihan Dorm Ceria mengikut blok-blok kediaman pelajar diadakan tanpa pengetahuan pelajar. Berjalan serentak dengan Program Sembang Berfokus.
d) Inilah Sekolahku – acara bagi menjalinkan kemesraan antara EXSAS dan pelajar yang disusun sepenuhnya oleh guru SEMSAS. Peserta telah dibahagikan kepada 15 kumpulan. Mereka perlu menjawab beberapa soalan berkenaan SEMSAS. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ahli EXSAS dan diakhir acara setiap kumpulan perlu membuat "cheer" di hadapan semua hadirin.
e) Solat Maghrib Berjemaah, Ceramah "Kepimpinan Dalam Islam" oleh Sdr Shukri Hassan (SPM 1983) seterusnya Solat Isyak Berjemaah.
f) Formal Dinner (Hightable) dan Penyampaian Hadiah.
g) Sesi Berbual Tidak Formal – bagi memberi peluang kepada para pelajar berinteraksi sepenuhnya dengan ahli EXSAS. Kumpulan terakhir meninggalkan SEMSAS sekitar pukul 1.00 pagi.
3. Kehadiran EXSAS
Pecahan mengikut batch adalah seperti berikut:
Batch | Jumlah | Batch | Jumlah |
1975 | 2 | 1986 | 7 |
1976 | 1 | 1987 | 6 |
1977 | 3 | 1988 | 1 |
1978 | 3 | 1989 | 1 |
1979 | 1 | 1990 | 5 |
1980 | 1 | 1991 | 2 |
1981 | 5 | 1992 | 2 |
1982 | 3 | 1993 | 1 |
1983 | 4 | 1994 | 1 |
1984 | 13 | 2004 | 2 |
Jumlah Keseluruhan: 64 orang.
4. Sumbangan/Perbelanjaan - Program ini adalah satu program yang dibiayai sendiri (self-funding) melalui sumbangan dan yuran kehadiran dan tidak melibatkan kantung EXSAS.
5. Kesimpulan.
Pada keseluruhannya, penganjuran kali ini mencapai objektif yang dikehendaki terutamanya untuk mengeratkan hubungan di antara EXSAS, guru dan pelajar SEMSAS.
Disediakan oleh:
Naib Presiden II dan
Penolong Setiausaha