Latar Belakang

Image
PROFIL PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS PAHANG 

No Pertubuhan : 240 Pahang / PPM-013-06-27021998 
Nama Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS / 
EX-STUDENTS SEMSAS ASSOCIATION (EXSAS), Kuantan, Pahang Darul Makmur. 

Tarikh Didaftarkan : 27 Februari 1998 

Matlamat / Tujuan
  1. Untuk mengeratkan jalinan hubungan baik antara ahli terdiri daripada semua bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS).
  2. Sebagai satu forum bagi ahli bertukar pendapat, berinteraksi, berkerjasama dalam bidang professional atau kerjaya dan membantu menaikkan imej ahli dalam memberi sumbangan dan khidmat kepada agama, negara dan masyarakat.
  3. Untuk membekalkan penaja atau penganjur dalam hal yang berkaitan dengan pendidikan dan latihan akademik, menawarkan biasiswa, hadiah, anugerah dan derma kepada ahli dan pelajar SEMSAS untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi.
  4. Untuk menggalakkan penyertaan ahli dalam semua aktiviti sukan, riadah, sosial, kebudayaan dan intelektual.
  5. Membina dan menyelenggarakan mana-mana bangunan Pertubuhan.
  6. Untuk melaburkan wang Pertubuhan dalam pembelian saham, hartanah, sekuriti dan lain-lain jenis pelaburan.
  7. Untuk membekalkan khidmat perunding dan nasihat kepada SEMSAS, ahli-ahli Pertubuhan ini, kerajaan negeri dan masyarakat.
  8. Untuk meminjam atau mengumpul wang menerusi kutipan derma atau tajaan untuk kegunaan dan tujuan Pertubuhan. Untuk mengusahakan tabung amanah untuk mencapai matlamat Pertubuhan.
Copyright © EXSAS 2006 - 2024. All Rights Reserved. Powered by my88.biz

Search

Smart Search