Sambutan Jubli Emas SEMSAS dan Jubli Perak EXSAS

Pengenalan
50 Tahun yang lepas, Sekolah Menengah Sains Pahang  (SMSP)  menumpang sementara di bangunan Sekolah Menengah Abu Bakar (ABS), Temerloh pada peringkat awal penubuhannya. Kumpulan pertama ialah 11 orang guru 3 orang kakitangan dan pelajar tingkatan satu seramai 219 orang (terdiri dari pelajar aliran Melayu dan aliran Inggeris). Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Abdul Hamid (kini Dato'). Beliau merupakan pengetua paling lama bertugas di sekolah ini iaitu dari 16 Disember 1972 hingga 31 Disember 1982. Sekolah ini telah berpindah ke bangunan kekalnya di Kuantan pada 8 Januari 1974. 

Pembukaan sekolah ini telah dilakukan oleh KDYMM Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah, Sultan Pahang pada 22 Julai 1976. Sempena perasmiannya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (SEMSAS).

__________________________________________________________


PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEMSAS / EX-STUDENTS SEMSAS ASSOCIATION (EXSAS) telah didaftar pada 27 Februari 1998 dengan salah satu tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan baik antara ahli terdiri daripada semua bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS) selain daripada membantu SEMSAS.

Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Semsas atau EXSAS telah bermula sejak tahun 1997, dimana mesyuarat penubuhan pertama telah diadakan pada 27hb. September 1997 di Hotel MS Garden, Kuantan. Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan senarai penuh ahli jawatankuasa penaja dan cadangan undang-undang tubuh persatuan. 

Akhirnya pada 3 April 1998, mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penaja telah diadakan dan senarai penuh jawatankuasa penaja telah dapat dibentuk.

Dato' Mustafa Mohd Khalid merupakan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penaja dan sekaligus telah dilantik sebagai Presiden pada AGM pertama pada tahun 1998. Beliau telah berkhidmat dari tahun 1998 sehingga 2003.

2023 berupakan tahun yang bersejarah buat SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) dan juga Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) dimana SEMSAS akan menyambut ulang tahun yang ke 50 (Jubli Emas) manakala EXSAS akan turut menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 25 (Jubli Perak).
Kemaskini pada 22 Disember 2022
Copyright © EXSAS 2006 - 2024. All Rights Reserved. Powered by my88.biz

Search

Smart Search