Pengenalan

Disediakan oleh : Azlina Othman (Ketua Exco Hal Ehwal Kebajikan) - v1.0

LATAR BELAKANG

  • Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 antara lain membawa objektif untuk memelihara kebajikan ahli – ahli yang berdaftar dengan EXSAS. Dalam hal ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan khusus bagi tujuan kebajikan namun kebiasaannya secara ad hoc dan masih berasaskan batch.
  • TABUNG KEBAJIKAN EXSAS ditadbirkan oleh AJK Semasa EXSAS bersama dengan Majlis Penasihat EXSAS (MPE) yang diketuai oleh Presiden Semasa EXSAS. Jawatankuasa TABUNG KEBAJIKAN EXSAS bertanggungjawab sepenuhnya untuk meluluskan sebarang peruntukan atas sokongan Presiden dan Naib Presiden.

FALSAFAH

  • Falsafah penubuhan TABUNG KEBAJIKAN EXSAS adalah untuk memupuk budaya prihatin dikalangan warga EXSAS khusus terhadap kesulitan yang dialami oleh ahli-ahli dan pelajar – pelajar serta pekerja SEMSAS. Ia ditunjangi oleh prinsip bahawa amal jariah merupakan pelaburan yang tidak akan luput ganjarannya berdasarkan dalil yang sahih.

OBJEKTIF

  • Untuk meringankan kesulitan yang dialami oleh warga EXSAS termasuk keluarga terdekat dan pelajar serta pekerja SEMSAS melalui pemberian bantuan. Membentuk kerjasama dalam pembudayaan amal jariah di kalangan ahli.

SUMBER KEWANGAN

  1. Sumber utama kewangan TABUNG KEBAJIKAN EXSAS adalah daripada sumbangan bulanan ahli EXSAS yang berminat melalui arahan potongan tetap bulanan. Sumbangan boleh dibuat secara sukarela dengan kadar minimum RM10.00 sebulan.
  2. Sumbangan daripada pihak lain sama ada ahli EXSAS atau bukan ahli EXSAS secara ‘One-Off’.
  3. Sumbangan daripada Syarikat/Korporat ahli EXSAS atau bukan ahli EXSAS.

SASARAN
TABUNG KEBAJIKAN EXSAS mensasarkan dana sebanyak RM100,000.00 pada sessi 2018-2020.

KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA SUMBANGAN

Bil.KelayakanSiapa yang layak
1.Kelayakan menerima bantuan RM 500.00 secara 'One-Off'
  • Ahli EXSAS atau Suami/Isteri/Anak.
  • Ibubapa Ahli EXSAS yang masih bujang.
2.Kelayakan menerima bantuan RM 300.00 secara 'One Off’
  • Pelajar SEMSAS (yang masih bersekolah di SEMSAS)
  • Pekerja/Guru & Bekas Pekerja/Guru SEMSAS
3.Sumbangan secara 'One-Off' berdasarkan kes-kes berikut:
  • Kematian
  • Sakit Kronik (Kanser, Strok, dll)
  • Kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah
  • Musibah / Bencana Alam (Kebakaran, Banjir, Tanah Runtuh, Ribut Taufan)
4.Sumbangan lain yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran (Sumbangan Aidilfitri, Sumbangan Aidiladha dan sebagainya) 

Permohonan sumbangan boleh dibuat melalui DISINI 


Muaturun DISINI

Copyright © EXSAS 2006 - 2024. All Rights Reserved. Powered by my88.biz

Search

Smart Search