MUKA BARU DALAM EXCO EXSAS 2008 - 2010
Mesyuarat Agong Exsas kali ke 9 pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah pada hari Ahad lepas (6 April) dengan kehadiran seramai 93 orang ahli Exsas yang berdaftar. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang telah mendaftar sebagai ahli baru manakala 'batch' yang paling ramai hadir adalah daripada SPM 83 iaitu seramai 26 orang dan SPM 86 dengan kehadiran seramai 14 orang.
Pada sebelah paginya, telah dianjurkan Kejohanan Golf Tertutup Exsas, menyaksikan seramai 24 orang warga Exsas telah beraksi dan kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Sdr Ismail Abdullah (79).
Ayahanda Dato' Abd Rahim Hamid yang merupakan bekas Pengetua Semsas pertama dan Penaung Seumur Hidup Exsas telah hadir dan sekali gus merasmikan AGM kali ke 9 Exsas. Beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Exsas selepas 10 tahun ia ditubuhkan dan berharap Exsas akan terus maju pada masa yang akan datang.
AGM pada kali ini juga turut menyaksikan pembubaran ajk lama dan juga perlantikan Ajk baru untuk sesi 2008-2010. Berikut adalah barisan AJK Exsas yang telah dilantik :
Presiden : Mohd Mazlan Abd Razak (83)
Naib Presiden 1 : Dato' Najmuddin Abdullah (86)
Naib Presiden 2 : Althahir Abd Rashid (87)
Setiausaha : Hj Rahasdin Hj Razali (82)
Naib Setiausaha : Suhaimi Mat Hussin (91)
Bendahari : Azmi Abd Rahman (83)
Naib Bendahari : Nurul Sheila Khalib (99)
Ahli Jawatankuasa :
Paezah Ab Rahman (77)
Anuar Alawiyah (86)
Azita Ilya (86)
Shukri Hasan (83)
Saiful Nahar (84)
Ahmad Saruji (85)
Azahari Muhamad Yusof (86)
Harris Zamzairie (92)
Mayong Jalal (93)
Azlina Othman (93)
Majlis telah berakhir sekitar jam 6 petang diiringi hujan lebat yang mencurah turun menyebabkan warga Exsas terus berkampung di KGSS sambil menunggu hujan berhenti.
Tahniah dan syabas kepada AJK Baru Exsas. Terima kasih kepada ajk lama yang telah berjaya meletakkan Exsas di tahap yang tersendiri sekarang ini. Jasa kalian tetap dikenang.
Merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Exsas Pindaan 2, pada 27hb.Februari 1998, Fasal 7 Ceraian 1, dibaca seperti berikut :
"15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa dengan 10 orang daripadanyahendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung dan 5 orang dilantik oleh Presiden."
Maka, atas budi bicara Presiden dengan berbesar hati telah melantik 2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa seperti berikut:
1. Mohd Faris Idris (80)
2. Noor Hanyta Johari (92)
Masih ada lagi 3 kekosongan bagi barisan AJK yang perlu dipenuhi dan tawaran ini terbuka kepada mana-mana ahli Exsas yang sedia menawarkan diri secara sukarela untuk berbuat demikian. Sila kemukakan nama anda kepada saya atau Presiden untuk diambil tindakan.
Sekian, terima kasih.
Haji Rahasdin Hj Razali
Setiausaha Exsas, 2008/2010