Oleh: | Althahir Abdul Rashid |
EXSAS menyokong keputusan Sektor SBP ini kerana:
1. Ianya memberikan peluang kepada semua pelajar yang mendapat 5A UPSR
2008 untuk memasuki tingkatan satu di SBP pilihan mereka
2. Proses ujian tersebut akan berjaya meningkatkan kualiti calon
pelajar ke SBP. Hanya mereka yang berkepimpinan, berminat dan sesuai
tinggal di persekitaran SBP sahaja akan terpilih
3. Proses tersebut juga akan meminimumkan sebarang rasa kurang puas
hati ibubapa sekiranya anak mereka tidak terpilih kerana proses ujian
tersebut adalah sesuatu yang jelas dan transparen
Di peringkat SEMSAS, seramai 108 orang calon telah hadir untuk mengisi 35 kekosongan yang ada. Jumlah ini adalah lebih ramai dari pelajar tingkatan satu yang mendaftar pada kemasukkan pertama pada 12 Jan 2009 iaitu 90 orang. Bermula dengan ujian kecerdasan di padang sekolah, para calon seterusnya dibawa ke asrama untuk merasai kehidupan di asrama yang kurang selesa berbanding kehidupan di rumah sesetengah calon. Selepas rehat, mereka menduduki ujian bertulis di dewan makan dan terakhir ujian lisan (temuduga) yang dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mengandungi 3 orang guru (setiap kumpulan). Keseluruhan proses tamat sekitar pukul 2.30 petang.
Disebabkan ramai guru yang terlibat, tiada sesi akademik pelajar lain pada hari tersebut. Sebaliknya satu sesi motivasi telah diadakan di Dewan Besar yang dikendalikan oleh Tuan Hj Azman Taher dan seorang kaunselor jemputan. Sewaktu sesi tersebut saya telah mengambil peluang untuk memperkenalkan kepada pelajar, Sdr Azman Idris, Presiden Honda (M) Sdn Bhd dan Dr Mazlan Razali, kedua-duanya dari SPM 1985. Mereka telah diberi ruang untuk berinteraksi dengan pelajar.
Seramai 12 orang ahli EXSAS yang memohon sokongan EXSAS. Hasil perbincangan Presiden dan Tuan Pengetua, pihak sekolah telah bersetuju untuk memberikan perhatian sewajarnya kepada anak ahli EXSAS. Presiden telah memaklumkan kepada Tuan Pengetua harapan kita - hanya anak ahli yang benar-benar layak diberikan tempat di SEMSAS.
Berbagai bantuan telah kita berikan selain sokongan - "coaching" untuk ujian bertulis dan lisan. Terdapat juga ahli yang menghantar borang rayuan yang kurang lengkap dan beberapa hal teknikal lain yang telah berjaya kita selesaikan disaat-saat akhir (ada yang ambil waktu sehingga pukul 1 pagi untuk kita selesaikan).
Senarai tersebut akan dihantar ke Sektor SBP pada hari ini. Setelah mendapat endorsement dari Sektor SBP, para pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dalam masa terdekat. Seperti yang Tuan Presiden maklumkan kepada Tuan Pengetua - hanya anak ahli yang benar-benar layak dan sesuai tinggal di persekitaran SBP yang patut diberikan tempat di SEMSAS.