Seminar mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR & PMR akan diadakan pada 7 Ogos 2010 bertempat di Bangunan MCOBA. Seminar anjuran Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu / Kolej Tuanku Kurshiah (OGA) akan membahaskan mengenai implikasi cadangan tersebut.
Sebagai golongan profesional, ibubapa, bakal majikan, bakal pensyarah dan sebagainya wajar memandang berat tentang apa-apa perubahan yang berlaku dalam sistem persekolahan terutamanya yang melibatkan pelajar.
EXSAS akan menghantar 3 orang wakil iaitu Dato' Ir Muhammad Imran selaku Presiden EXSAS, Cik Anuar 'Alawiyah dan Haslinda Alias.