Jamuan Aidil Fitri EXSAS edisi Kuantan 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Oktober 2010 yang baru lalu. Majlis telah bermula pada jam 9 malam di Zul Satay, telah disertai oleh seramai 24 orang warga EXSAS dari berbagai 'Batch'.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YH Dato' Presiden EXSAS, Tuan Pengetua SEMSAS dan Cikgu Hussin. Dalam majlis yang sama, warga EXSAS turut berpeluang untuk meraikan Nasib Presiden II, Ir Rahman Mohd Nor yang akan berangkat mengerjakan fardhu haji pada 8 Oktober ini.
|