Foto : Edli FB
Bersempena dengan cuti umum pada hari ini 20 Januari 2011, dua orang Exco EXSAS iaitu Sdr Azhar Aziz aka Qisan dan Sdr Faris telah berkesempatan untuk melawat anak bongsu pasangan Mohd Edli Shah (96) dan Shahratul Husna, iaitu adik Amirul Hafidzy di Saujana Utama, Sg. Buloh pada lebih kurang jam 11.30 pagi tadi. Beberapa orang Exco yang dijangka hadir tidak dapat bersama atas komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.
Sebagaimana sediamaklum, Hafidzy (setahun 6 bulan) telah mengalami kemalangan sekitar bulan September tahun lepas selepas terjatuh ke dalam kolam hiasan tanpa disedari oleh sesiapapun. Hafidzy telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur daripada Hospital Tg Karang dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
Berbagai usaha dilakukan oleh Edli sekeluarga bagi memulihkan Hafidzy dan dengan izin Allah SWT, Hafidzy berjaya diselamatkan dan telah menunjukkan tanda-tanda yang positif.
Namun begitu, mereka perlu melakukan pengorbanan yang lebih daripada ibu bapa lain demi untuk anak yang tersayang. Setiap hari mereka perlu pergi ke sebuah klinik di Kuala Lumpur untuk rawatan susulan selain daripada melakukan rawatan sendiri di rumah.
Hafidzy perlukan rawatan khusus selain daripada pemakanan dan peralatan yang tertentu yang pastinya melibatkan kos yang tinggi.
Alhamdulillah, kini selepas 4 bulan, Hafidzy telah menunjukkan kemajuan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Semoga beliau tabah dalam menghadapi dugaan Allah WST dan semoga Hafidzy cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana anak-anak yang lain.
Sebelum beredar, kami sempat menjenguk Amirul Hafidzy yang sedang tidur di dalam bilik. EXSAS berbesar hati dapat memberikan sedikit sumbangan kewangan kepada beliau sekeluarga. Warga EXSAS dan orang ramai yang ingin membantu Edli sekeluarga boleh menghubungi beliau menerusi email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau 013-3808045