Jenazah Allahyarhamah Bonda kepada Dato' Najmuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Garing sekitar jam 11 pagi tadi. Jenazah sebelum itu telah disempurnakan di Masjid Nurul Iman, Rawang dengan dihadiri oleh lebih 200 orang saudara mara dan kenalan terdekat.
Cuaca yang mendung dan sesekali hujan rintik-rintik telah mengiringi bacaan talkin dan doa oleh imam bertugas. Ramai Warga EXSAS turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan sokongan moral kepada Najmuddin iaitu Sdr Yaxe, Shahrul Mubin, Rashdan, Norini dan Naib Presiden 1 EXSAS, Sdr Anuar Alawiyah yang merupakan rakan 'batch' Dato' Najmuddin. Turut hadir ialah Sdr Bosqa (83), Tawfek (80), Qisan (88) dan Dato' Dr Sallahuddin (79).
Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah anak beliau di Rawang pada jam 6.30 petang semalam.
EXSAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian Bonda tercinta. Semoga roh Allahyarhamah Bonda ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.