Mesyuarat AJK EXSAS bil 2, 2011 yang berlangsung pada 22 Januari lepas telah memutuskan beberapa aktiviti yang bakal berlangsung disepanjang tahun 2011 ini. Walaubagaimanapun terdapat sesetengah tarikh yang dicadang akan berubah mengikut kesesuaian kesemua pihak yang terlibat. Berikut adalah cadangan aktiviti tersebut :
1. Mesyuarat Perlantikan Penghulu Batch : 19 Februari 2011 : KGNS, 10am
2. EXSAS Golf G2G - 20 Feruari 2011 : Monterez
3. Homecoming Bersama Keluarga/AGM (Sukan) : 26-27 Mac atau 2-3 April 2011
4. Program Mentor/Mentee pelajar Semsas : Julai - Sept 2011
5. Boling & futsal : 16-17 Julai 2011
6. Jamuan Berbuka Puasa EXSAS & Semsas 12-13 / 19-20 Ogos 2011
7. Akshah / Jamuan Raya : Oktober
8. Ragbi liga alumni : Jun - Disember 2011
9. Hoki Liga Kuala Lumpur 2011 : Julai - Oktober 2011
10. Mock Interview untuk bakal SPM 2011
2. EXSAS Golf G2G - 20 Feruari 2011 : Monterez
3. Homecoming Bersama Keluarga/AGM (Sukan) : 26-27 Mac atau 2-3 April 2011
4. Program Mentor/Mentee pelajar Semsas : Julai - Sept 2011
5. Boling & futsal : 16-17 Julai 2011
6. Jamuan Berbuka Puasa EXSAS & Semsas 12-13 / 19-20 Ogos 2011
7. Akshah / Jamuan Raya : Oktober
8. Ragbi liga alumni : Jun - Disember 2011
9. Hoki Liga Kuala Lumpur 2011 : Julai - Oktober 2011
10. Mock Interview untuk bakal SPM 2011
Selain daripada itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk menggerakkan Yayasan EXSAS yang telah beberapa kali disebut oleh Ayahanda Dato' Rahim sedikit masa dahulu. Yayasan EXSAS akan diketuai oleh Sdr Ahmad Shukry dan juga Tuan Hj Rahasdin. Mesyuarat pertama akan menyusul dalam masa yang terdekat ini.
Media komunikasi EXSAS akan bertambah dengan ujudnya sistem SMS Blaster yang telah dimulakan awal Januari 2011 yang lalu. Bagaimanapun, mesyuarat telah bersetuju untuk meminta semua Penghulu setiap batch mengemaskini data nombor telefon mudah alih setiap orang dari batch mereka sebelum sistem SMS Blaster dapat berfungsi dengan baik.
Teh Tarik Session atau TT akan diadakan bermula 2 Februari 2011 dan pada setiap hari Rabu minggu pertama setiap bulan. Cadangan lokasi akan ditentukan pada minggu yang berkenaan.
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila hubungi Setiausaha EXSAS, Sdr Azhar Aziz aka Qisan di talian 019-2991600 atau email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.