Perjumpaan penghulu-penghulu atau wakil batch bersama Exco EXSAS telah diadakan pada jam 10.00 pagi, 19 Februari 2011 yang baru lalu di Kelab Golf Negara Subang.
Diantara penghulu dan wakil batch yang hadir ialah :
1. Dato' Muhammad Imran (78)
2. Azhar Aziz (88)
3. Mohd Zaimi (90)
4. Lyn Alias (85)
5. Amin Taib (86)
6. Safarin (96)
7. Ikmal (93)
8. Azli (75)
9. Paezah (77)
10. Anuar (86)
11. Azri (92)
12. Harris (92)
13. Khairil (93)
14. Rahasdin (82)
15. Abrari (85)
16. Dr Ummi Kalthom (85)
Tujuan perjumpaan diadakan ialah untuk mengemaskini Program Penghulu Batch yang telah mula diperkenalkan sejak tahun 2004 lagi. Penghulu adalah penghubung diantara batch mereka dengan EXSAS dan ini akan menjadikan komunikasi dan hubungan di antara EXSAS dan semua batch akan menjadi lebih mantap.
Kebanyakkan batch telah mempunyai Ad hoc komiti atau jawatankuasa mereka sendiri yang bertujuan untuk menjalan aktiviti sesama mereka. Melalui jawatankuasa inilah, EXSAS berharap akan dapat menyalurkan maklumat yang terkini dan lebih mantap selain daripada mengemaskini maklumat ahli di kalangan batch mereka.
EXSAS juga berharap agar dapat meningkatkan jumlah keahlian sebanyak 30% sehingga penghujung tahun 2011. Untuk itu, EXSAS akan menyalurkan maklumat yang ada didalam simpanan untuk dikemaskini dan digunakan untuk kemudahan perhubungan dan komunikasi.
EXSAS mengadakan satu aktiviti yang khusus untuk para junior memandangkan kebanyakkan mereka masih mempunyai sifat malu untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bersama para senior.
Mana-mana batch yang masih belum menghantar nama penghulu mereka, sila email kepada