Majlis penyerahan tugas kepada AJK EXSAS yang baru telahpun diadakan pada 24 Februari 2012, jam 8.30 malam bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, majlis tersebut diadakan sebagai tanda peralihan tugas daripada AJK lama kepada yang baru dilantik sewaktu AGM yang telah diadakan baru-baru ini.
Diantara yang hadir adalah Sdri Anuar Alawiah selaku Presiden EXSAS yang baru, Naib Presiden I; Sdr Mohd Khairi, Naib Presiden II; Sdr Shukri Hassan, Sdri Nurzurina (Naib Setiausaha), Sdr Khalili (Bendahari), Sdri Dho'un Hikmahana dan Sdr Harris Zamzairie. Turut hadir sama mewakili AJK sesi lepas ialah Mantan Presiden; Dato' Ir Muhammad Imran dan juga Sdr Azhar Qisan selaku bekas Setiausaha.
Nota penyerahan tugas telah diserahkan sebagai simbol peralihan kuasa oleh Sdr Azhar Qisan dimana beliau telah menggariskan beberapa perkara sebagai makluman kepada ajk yang baru. Beberapa isu juga telah dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian demi untuk memastikan perjalanan EXSAS tersusun dan mengikut landasan yang telah ditetapkan.
AJK EXSAS Sesi 2010-2012 juga ingin memohon maaf diatas segala kekurangan dan kesilapan disepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Akhir sekali, semoga AJK EXSAS Sesi 2012-2014 dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan jaya dan seterusnya dapat membangunkan EXSAS sehingga ketahap yang lebih tinggi.