Pada 19hb Julai lepas, EXSAS telah menganjurkan Majlis Iftar bertempat di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa bersama-sama dan sembahyang Maghrib secara berjemaah di ruang solat yang disediakan oleh pihak KGSS.
Majlis disusuli denngan sembahyang Isya' dan bertawarikh yang diketuai oleh imam jemputan, Tn Haji Mustafa Kamal.
Selesai bertawarikh, jemputan dihidangkan dengan moreh dan tazkirah Ramadhan yang begitu manafaat telah diberikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek.
EXSAS mengucapkan erima kasih kepada yang hadirdan memohon maaf atas apa jua kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian majlis. Semoga silaturrahim lebih erat serta mendapat manfaat dari ceramah yang telah disampaikan.
Terima kasih kepada mantan presiden, Dato' Imran kerana telah bermurah hati menaja juadah iftar. Semoga Allah memberkati dan memurahkan lagi rezeki beliau.
Terima kasih kepada para jemputan khas, Ayahanda Penasihat EXSAS, Ayahanda Dato' Abdul Rahim & Bonda Datin Kamaliah dan Ayahanda TS Ghafar & Bonda PS Zaiton serta Tuan Imam, Tn Haji Mustafa Kamal kerana meluangkan masa dalam kesibukan tugas mereka untuk bersama-sama berbuka puasa, bertarawikh dan mendengar ceramah yang telah disampaikan dengan begitu baik.
Tak lupa ucapan terima kasih kepada penceramah, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atas perkongsian yang begitu bermanfaat.
Semoga acara ini akan terus dianjurkan pada masa-masa akan datang.
Wassalam.
Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek selepas selesai solah tarawikh
Para jemputan yang hadir bergambar bersama Ayahanda Dato' Rahim dan TS Ghaffar.
Para jemputan yang hadir bergambar bersama Ayahanda Dato' Rahim dan TS Ghaffar.