Berita & Foto : Qisan
Lagi foto DISINI.
'Luncheon' EXSAS Siri 1 2014 yang merupakan program rasmi pertama AJK EXSAS sesi 2014-2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mei 2014 (Khamis) dengan mendapat sambutan yang diluar jangkaan.
Program santai, makan tengahari bersama warga EXSAS disebuah restoran milik keluarga EXSAS sambil mengeratkan silaturrahim telah mengumpulkan seramai 59 orang bekas pelajar SMSP/Semsas.
Restoran Temerloh Catering adalah milik keluarga Khairul Izwandy Jazam aka Balrog (97) yang mula beroperasi ditapak ini sejak Februari 2011 lagi. Sebelum ini, perniagaan mereka telah bermula agak lama di Negeri Pahang khususnya di Bandar Temerloh. Restoran ini terkenal dengan makanan popular Negeri Pahang iaitu Patin Tempoyak, Ikan Kerai Goreng dan sebagainya.
Majlis ini menjadi lebih bermakna lagi apabila Penaung Seumur Hidup EXSAS iaitu Ayahanda Dato' Hj. Abd Rahim Abd Hamid yang juga merupakan Pengetua pertama SMSP/Semsas hadir bagi memeriahkan majlis.
Sudah pasti segala kenangan terukir kembali terutamanya didalam ucapan ringkas Ayahanda yang sesekali diselitkan dengan peristiwa yang berlaku disepanjang beliau menerajui SMSP/Semsas.
Presiden EXSAS yang baru, Saudara Mohd Fuad Kamal Ariffin didalam ucapan ringkas beliau telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih serta penghargaan kepada semua yang hadir dan ia merupakan petanda yang positif kearah menjadikan 'EXSAS yang lebih baik'.
Saudara Naib Presiden II, Harris Zamzairie Nashoha telah bertindak sebagai pengerusi majlis dan pembaca doa makan diawal majlis tersebut berlangsung.
Majlis secara rasminya berakhir pada jam 2 petang, namun masih ramai juga yang tinggal untuk menyambung perbincangan atau cerita mereka.
Dalam pada itu, terdapat beberapa orang warga EXSAS yang singgah walaupun menyedari yang majlis tersebut telah berakhir. Namun dengan semangat EXSAS yang membara, mereka hadir untuk bertemu dengan rakan-rakan yang masih ada.
AJK EXSAS Sesi 2014-2016 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir dan memeriahkan majlis. Tanpa anda, majlis tersebut tidak akan bermakna. Terima kasih juga kepada Restoran Temerloh Catering yang sudi menjadi tuan rumah.
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada 'Luncheon' yang akan datang. Tunggu pengumuman dari kami.
Berikut adalah senarai nama warga EXSAS yang hadir.
1. Azli - 75 2. Mohd Akhir Bin Yeop Kamaruddin - 75 3. Kamaruzaman - 75 4. Norliza - 75 5. Anwarul Halim - 75 6. Fuad Sulaiman - 75 7. Tg. Zahair - 75 8. Azlan Hussin - 75 9. Pang Jen Der - 75 10. Dr Ghalib – 75 11. Suria – 75 12. Malizan – 76 13. Azman Taher – 78 14. Dato’ Muhammad Imran – 78 15. Noor Mohd - 78 16. Abdul Shukor Awang Nong - 80 17. Ahmad Tawfek – 80 18. Hamzah Hassan – 80 19. Khairul Anuar Zit – 80 20. Mohd Fuad Kamal Ariffin – 80 21. Sabri Ismail - 81 22. Sazali Salleh - 81 23. Hashim Taib - 81 24. Soreah yusoff – 81 25. Zainuddin – 81 26. Jalaluddin Hamid – 81 27. Adzhar Maludin – 82 28. Hj Rahasdin – 82 29. Habib Noh – 82 30. Nornita Abdul Manaf – 83 |
31. Khairun Nizam - 83 32. Wan Hamidah - 83 33. Halina Hashim – 83 34. Sharifah Hasnah - 83 35. Animah Abd Rahman – 83 36. Azman Idris – 85 37. Azhar Aziz - 88 38. Nizar Sham - 88 39. Hazimi - 88 40. Mohamad Rizudin Omar – 88 41. Mohd Zaimi bin Othman - 90 42. Asmawi Nordin - 90 43. Mohd Faroq bin Ibrahim - 91 44. Haniff Hamzah - 91 45. Dr Zulkefeli - 91 46. Hisamuddin – 91 47. Harris Zamzairie – 92 48. Khairil Azhar Ismail - 93 49. Zainul Rizal – 93 50. Aida Rohana Ismail - 96 51. safarin musa - 96 52. Faisal Zain – 99 53. Burhanuddin – 96 54. Mohd Khairuddin – 96 55. Wan Khairul Anuar – 96 56. Mohammed Fawaz Bin Kamarudin - 99 57. Abdul Muqsith – 03 58. Mohd Fitri Aziz – 03 59. Muhamad Azraei Bin Idros - 07 |