Info & Foto : Baim (80)
Berita Ustaz Ismail uzur dan dimasukkan ke Hospital USM, Kota Bharu telah tersebar dengan cepat dikalangan warga Exsas yang amat perihatin. Bermula dengan SMS daripada Ayahanda Dato Abd Rahim kepada Presiden Exsas sehinggalah berita tersebut disahkan oleh Saudara Baim (80) dan Saudara Syukri (88) yang memang berada di Kota Bharu serta beberapa warga Exsas yang lain.
Ustaz Ismail yang kini tinggal di Pasir Mas, pernah mengajar dan menjadi warden di Semsas pada era 80an telah mendapat lelah yang teruk sewaktu berada di rumah beliau sebelum dikejarkan ke Hospital USM, Kubang Kerian.
Menurut Datin Dr. Salehatun (80) yang juga merupakan anak didik beliau sewaktu di Semsas dan kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital USM, Ustaz Ismail mendapat 'Lung infection' dan menyebabkan lelah yang teruk.
Dr Salehatun juga menjadi wakil batch 1980 untuk menyampaikan sedikit sumbangan dan beliau bersama staff perubahan di situ akan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan Ustaz Ismail.
Menurut Saudara Baim, Ustaz Ismail telah menerima kunjungan Mantan Pengarah Pelajaran Malaysia yang juga bekas Guru dan Pengetua Semsas dan juga merupakan rakan lama beliau iaitu Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Semoga Ustaz Ismail dikekalkan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan terima kasih kepada semua warga Exsas yang perihatin.