Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Salam Ramadhan Kareem 1435 Hijrah. |
Justeru itu, beberapa program bakal diadakan sehingga ke penghujung tahun ini seperti Luncheon di restoran ahli Exsas,
Majlis Iftar Ramadhan, Program Hari Raya, 'Homecoming', Power Talk dan juga 'Double Trouble'. Semua program ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di Portal Rasmi dan juga FB EXSAS.
Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan kepada semua , Selamat Berpuasa dan Beribadah di dalam bulan Ramadhan. Semoga kita diberikan kekuatan untuk dapat meneruskan kerja-kerja seharian kita disamping mempertingkatkan amal dan ibadah kita disepanjang bulan yang mulia ini.
Sama- sama lah kita berdoa agar amal dan ibadah kita akan menjadi lebih banyak dan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas dan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
Tahniah kepada Webmaster atas kejayaan pelancaran Portal EXSAS yang berwajah baru, lebih 'up to adate' dan mudah untuk dikemaskini. Ia juga bakal menyediakan ruang-ruang yang boleh digunakan oleh Warga EXSAS dan akan menjadi sumber rujukan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga Portal ini akan memberikan manafaat kepada pengunjung dan juga kepada pengguna.
Mohd Fuad Kamal Ariffin
Presiden EXSAS 2014-2016
29 Jun 2014 / 1 Ramadhan 1435 H