Kuantan (20 Sept 2014) - Saudara Amir Hakim Ahmad (Semsas 83), pemilik Syarikat Mirdic Sdn Bhd bersama Ketua Pengarah KKM di Kuantan pada awal hari ini. Mirdic Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang terlibat di dalam perniagaan peralatan perubatan. Bangga melihat beliau memakai baju Exsas.
Mirdic Sdn Bhd adalah syarikat utama di Malaysia bagi pembuatan dan pembekalan peralatan peti sejuk mayat, peralatan autopsi dan forensik di samping peralatan-peralatan perubatan yang lain. Menurut Saudara Amir Hakim, setakat ini tiada sebarang rungutan diterima dari pengguna peralatan syarikat Mirdic Sdn Bhd yang beroperasi di Shah Alam,Selangor.