As salam semua rakan Exsas yg saya kasihi,
Alhamdulillah ada antara kita yang telah sampai ke kampung untuk beraya haji, berjumpa ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai yang tercinta. Diberitakan ada yang terpaksa meredah 'jam' semasa di dalam perjalanan tapi akhirnya sampai juga ke destinasi. Ada yang sempat berlemang, berketupat, berendang, bertakbir dan menjalani lain-lain aktiviti yang merapatkan ukhuwah.
Sahabat-sahabat Exsas, bekas guru-guru Semsas dan kenalan yg berada di Mekah, diberitakan juga mereka telah melaksanakan beberapa rukun haji dan tabah melakukan ibadah-ibadah seterusnya di tanah suci. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Dengan rendah hati ingin saya menyatakan disini setelah lebih 5 bulan saya memikul tanggungjawab sebagai Presiden Exsas, saya begitu terharu dengan sokongan yang berterusan dari kawan-kawan Exsas samada secara langsung atau tidak langsung kepada kami, barisan kepimpinan. Seperti biasa, ramai kalangan kita yang sensitif atas apa jua perkara yang berkait dengan Exsas dan Semsas malah ada yang berkorban masa, wang ringgit dan tenaga kerana Exsas dan Semsas. Semoga keikhlasan kita berterusan dan bertekad untuk menyumbang lebih kepada aktiviti-aktiviti Exsas.
Syukur Alhamdulillah, semua aktiviti telah berjalan lancar dengan izin Allah, antaranya ialah:-
1) AGM Exsas
2) Mesyuarat Pertama AJK Exsas
3) Luncheon Exsas
4) Menyertai Kolokium Murid Khas
5) Iftar Exsas
6) Program Beli Baju Raya Semsas
7) Seminar Kerjaya di Semsas
8) Aktiviti2 lain rujuk web exsas.com.my
InsyaAllah satu lagi aktiviti tradisi Exsas adalah "Double Trouble" (Futsal dan Bowling) pada 15 dan 16 November. Marilah sama-sama kita hadir dan mengambil bahagian, jangan segan menunjukkan skil masing-masing ye...
Akhirkata, saya ingin mengambil kesempatan disini utk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan Exsas. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa di dalam kerahmatan dan perlindungan Allah selalu. Aamiin..
IKHLAS dari saya sekeluarga di Shah Alam.
Mohd Fuad Kamal Ariffin
Wabillahi Taufik Walhidayah Wasallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.