Lagi foto DISINI
Kuantan, 18 Februari 2015 - Seramai 29 orang pelajar Semsas yang terlibat secara langsung dengan banjir yang berlaku baru-baru ini telah menerima sumbangan daripada EXSAS pada majlis ringkas yang telah berlangsung pada 16 Februari 2015 di Bilik Gerakan, Semsas.
Kebanyakan pelajar yang terlibat berasal dari kawasan yang teruk dilanda banjir seperti Kuala Krai, Kelantan dan juga Temerloh, Pahang.
Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden EXSAS, Sdr Mohd Fuad Kamal Ariffin yang hadir bersama barisan AJK yang lain bagi mewakili EXSAS didalam majlis tersebut.
Hadir sama adalah Tuan Hj Azman Taher selaku YDP PIBG Semsas, Pengetua Semsas, Tuan Hj Rahim Yunus serta Tuan Hj Abdullah Ismail yang mewakili EXSAS 1980 yang turut membantu memberikan sumbangan kepada mangsa serta guru yang terlibat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga segala usaha kita dirahmati Allah.