Akhir Januari 2015 yang lalu, melalui Intan Saifulbahriyah (88), kami telah dikejutkan dengan satu berita yang amat menyentuh hati dan perasaan dimana khabar dukacita, pemergian anak sulong kepada Melati (88) menyahut panggilan Illahi pada tanggal 15 Disember 2014, jam 9.09 malam selepas terlibat didalam satu kemalangan maut di sekitar Tambun, Ipoh.
Allahyarham Nadia Sabrina bt Daziman Fitri merupakan anak sulung kepada Melati Salman Halili dan Daziman Fitri Daud, sedang menunggu keputusan SPM 2014. Tak tergambar bagaimana perasaan beliau dan keluarga yang telah bermastautin di bumi Ipoh sejak 2003. Melati Salman Halili yang secara kebetulan jarang mengemaskini info beliau di FB, adalah salah seorang rakan sekelas kami di 5 Cempaka pada tahun 1988. Atas semangat setiakawan dan sahabat xsas88, Intan telah mengadakan kutipan derma kilat dan juga merangka satu sesi ziarah ke Ipoh untuk bertemu dengan Melati. |
Akhirnya pada 7 Februari yang lepas, seramai 10 orang warga exsas88 telah hadir didalam sesi ziarah tersebut dimana sebanyak 2 buah kenderaan telah bertolak dari Shah Alam dan kami bertemu di D'Polo Cafe Lan's Catering, Ipoh.
Dalam sesi tersebut juga, kami amat terharu dengan kehadiran Sdr Ishamudin aka Mat Petak (legend ragbi 88) sekeluarga, Sdr Kamarul aka Lun sekeluarga dan Sdri Maznah yang tinggal di sekitar Ipoh yang juga jarang kami bertemu.
Pertemuan berakhir hampir mahgrib, kami terus berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing. Terima kasih kepada Zulfakar, Intan, Sabri, Wan Salawati sekeluarga, Warq & Rimah sekeluarga, Maznah, Petak sekeluarga dan Lun sekeluarga serta semua xsas88 yang telah menyumbang.
Sesungguhnya ikatan persahabatan selama 5 tahun di Semsas telah menjadikan kami insan yang sentiasa ingin Hidup Berjasa.
{youtube}6AIaf2UjKBw?{/youtube}