Adalah dimaklumkan bahawa AJK EXSAS telah TIDAK menerima sebarang dokumen tender yang telah siap sebagaimana yang diminta selepas tamat tempoh penghantaran tender pada jam 6 petang 9 Mac 2015 yang lepas.
Untuk makluman, terdapat beberapa buah syarikat yang memohon untuk mendapatkan dokumen tender tersebut, namun mereka telah gagal untuk melengkapkan dan menghantarnya sebagaimana yang diminta.
Kami bakal memaklumkan perancangan yang baru bagi melaksanakan projek tersebut. Apapun, terima kasih kepada mereka yang perihatin dan menyokong EXSAS.