Lagi foto DISINI.
Hari Bersama Alumni bersempena dengan Program Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP, Peringkat Kebangsaan 2015 telah berjaya diadakan pada 11 Ogos 2015 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Alumni Mozac telah mengetuai barisan Alumni SBP yang lain untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan merangka program khusus untuk anak-anak SBP yang terlibat.
Seramai 22 orang warga EXSAS telah hadir dan memberi sokongan kepada program tersebut dimana 12 daripadanya telah menyertai barisan Fasilitator. Exsas yang hadir adalah :
1. Dr Ghazali - 77
2. Solihin - 96
3. Hj Jamaluddin Mat - 88
4. Rosma Haron - 93
5. Azmi Wahab - 95
6. Juan Danza - 97
7. Shafiq Yem - 10
8. Ridzwan Abidin - 81
9. Fadhli - 99
10. Saruji - 85
11. Rizduan Bidin - 81
12. Aminur - UTP
13. Fawaz - 99
14. Mohd Fuad - 80
15. Dato Imran - 78
16. Rahasdin - 82
17. Fatullah - 80
18. Hana Shahar - 85
19. Faizal - 99
20. Shahrul Niza - 99
21. Abd Fatah - 80
22. Qisan - 88
Alumni & agensi lain yang mengambil bahagian adalah sebagaimana berikut :
1. ASAS
2. EXSAS
3. SDARA
4. PUTERI
5. MOZAC
6. STAROBA
7. SRIKANDI
8. SMACHIAN
9. ASPUTRA
10 SAJOHA
11. ASTA
12. PRESSTIJ
13. Yayasan KHAZANAH
14. MAYBANK
15. ATM
16. MERCY
17. Yayasan PENERAJU
18. UEM
19. PTPTN
20. UTP
Booth yang telah dibuka oleh Alumni adalah seperti berikut :
A. Career - diketuai oleh EXSAS dan dibantu oleh Asputra.
B. Hall of Fame - diketuai oleh ASAS dan dibantu oleh Faris Petra.
C. Soft Skills / High Impact Presentation - diketuai oleh Asputra dan dibantu oleh Smachian serta ASAS.
D. Higher Education - diketuai oleh Smachian dan dibantu oleh ExSAS, Asputra & Srikandi.
E. Scholarship/Sponsorship/Teraju/PTPTN - diketuai oleh Puteri dan dibantu oleh Srikandi.
G. ICT / New Technology / Innovation - diketuai oleh Mozac dan dibantu oleh SAJOHA.
H. Entrepreneurship - diketuai oleh Puteri dan dibantu oleh ASTA, ASAS dan Sajoha.
I. NGO Awareness dan Civil Society - diketuai oleh STJ dan dibantu oleh ASAS dan SDAR.
J. Tanya Apa Sahaja - diketuai oleh Mozac dan dibantu oleh Gabungan Alumni
Pada program tersebut juga, semua alumni yang terlibat telah memberikan sumbangan barangan dan juga 'duit raya' kepada semua pelajar yang terlibat. Barang-barang yang disumbangkan adalah kelengkapan alatulis dan buku nota oleh Puteri, tuala mandi oleh Alumni Mozac, set mandian oleh EXSAS dan Asputra, sejadah oleh ASTA, ASAS dan Smachian, beg sandang oleh Puteri dan juga t-Shirt oleh SDARA.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Tuan Haji Abdul Ghani Bin Mohamad Niza telah hadir pada majlis penutup program Bersama Alumni. Beliau juga telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada semua alumni yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sumbangan 'duit raya' oleh Srikandi dan Sajoha kepada semua pelajar yang terlibat sebelum mereka berangkat ke kediaman Ketua Menteri Melaka untuk Majlis HiTea besama Ketua Menteri.
Tahniah kepada semua yang terlibat samada dari Alumni, agensi, Bahagian Pengurusan SBP, Bayou Lagoon, syarikat dan orang perseorangan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam penganjuran program ini. Jumpa lagi ditahun hadapan. Hidup Berjasa.