Alhamdulillah, AGM EXSAS kali ke 17 telah berlangsung dengan penuh ceria semalam dengan dihadiri oleh 60 orang warga EXSAS. Seperti biasa, EXSAS Golfer telah memulakan pagi yang dingin bersama hampir 40 orang peserta.
AGM dimulakan tepat jam 3.11 petang dengan Cikgu Syed Ali Maher sebagai pengacara majlis. Bacaan doa oleh Sdr Zahari (80) mohon agar majlis ini diberkati dan dirahmati Allah.
Pembentangan minit mensyuarat, laporan setiausaha dan bendahari berjalan lancar sebelum Ajk sesi 2014-2016 dibubarkan oleh Presiden. Sebelum itu, Cikgu Syed Ali Maher dilantik sekali lagi bagi mempengerusikan perlantikan AJK yang baharu bagi sesi 2016 - 2018.
Pemilihan AJK yang baharu telah berlangsung dalam suasana yang penuh ceria dan bersahaja. Sdr Mohd Fuad kekal sebagai Presiden EXSAS yang baharu sambil perlantikan Dr Zulkefeli sebagai Naib Presiden 1 dan Sdr Azhar Anuar sebagai Naib Presiden 2. Ramai muka-muka baharu dilantik bagi jawatankuasa kecil dan ada juga AJK lama yang dikekalkan.
Tahniah dan terima kasih kepada warga EXSAS yang hadir dan selamat menjalankan tugas buat AJK yang baharu.