“Adakah Semua Orang Mampu Menjadi Usahawan?”
Siri “Power Talks EXSAS 2/2016” adalah kesinambungan kepada siri 1/2016 yang telah diadakan pada 7 Ogos, 2016 yang lepas di Kota Damansara. Berbanding dengan siri terdahulu yang memberi penekanan kepada persekitaran professional, fokus kali ini adalah kepada bidang keusahawanan.
Pihak penganjur berpendapat bahawa sifat keusahawanan diperlukan disetiap organisasi dan ianya tidak eksklusif kepada dunia perniagaan semata-mata. Pihak kami berharap program kali ini mampu menambah “business sense” hadirin bagi memacu perkembangan organisasi masing-masing dan meningkatkan produktiviti negara.
Siri “Power Talks EXSAS” adalah satu program yang memberi manfaat langsung kepada ahli dan hadirin. Memandangkan proses perkembangan professional adalah proses yang berterusan, pihak kami akan berusaha untuk menganjurkan siri “Power Talks EXSAS” secara konsisten selaras dengan hasrat meletakkan EXSAS sebagai platform alternatif perkembangan professional ahlinya.
“Hidup Berjasa!”
Masa |
Program |
Moderator |
9.30 pagi – 10.15 pagi |
Pengenalan - “Menjana Keuntungan Melalui Hidup Berjasa” Prof. Dato’ Dr Ariff Osman, Timbalan Dekan IIUM, Kuantan dan Pengerusi PHIM, EXSAS 1977 |
Rizal Jaapar |
10.30 pagi – 12.30 tgh |
Siri Power Talks EXSAS 2/2016 - “Adakah Semua Orang Mampu Menjadi Usahawan?”
|
Syafiq Yem
|
1. Pengenalan – “Menjana Keuntungan Melalui Hidup Berjasa” Keuntungan adalah pulangan untuk perniagaan yang berjaya memenuhi keperluan dan permintaan pasaran. Mampukah perniagaan berteraskan agenda sosial menjana keuntungan? Ahli panel jemputan yang mempunyai latarbelakang professional dibidang perubatan/akademik akan berkongsi pengalaman beliau memulakan sebuah “social enterprise” bersama rakan-rakannya bagi memperjuangkan cita-cita Islamiah di negeri Pahang D.M 2. Power talk # 2 – “Adakah Semua Orang Mampu Menjadi Usahawan?” Kelayakan untuk menjadi seorang usahawan tidak memerlukan sebarang sijil atau ijazah seperti kerjaya professional yang lain. Namun begitu, banyak faktor dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk berjaya. Tiga orang ahli EXSAS dari peringkat umur yang berbeza akan berkongsi pengalaman mereka sebagai usahawan yang boleh dijadikan panduan oleh para hadirin.
|