“No money no problem, mo money mo problem”
Tarikh : 26 Februari, 2017 (Ahad)
Venue : Hotel Bluewave, Shah Alam
Kehadiran : 32 orang (ada wakil dari batch 1975 sehingga 2012)
Waktu : 10.30 pagi – 12. 30 tgh
Panel 1 : Puan Normawati Sulong, EXSAS 1981
Panel 2 : En Azraei Muhammad, EXSAS 2001
Moderator : Puan Nurul Sheila Khalib, EXSAS 1999
Lagi gambar DISINI
Pengenalan
- Diantara objektif utama siri Power Talks (PT) ialah untuk meletakkan EXSAS sebagai “platform alternatif” kepada perkembangan peribadi ahlinya
- Pihak kami berharap untuk menganjurkan tiga program setahun – siri 1 & 2 serta PT Perdana. Objektif siri 1 & 2 lebih kepada perkongsian pengalaman sesama EXSAS dalam kumpulan yang kecil sementara PT Perdana lebih bertujuan untuk menaikkan profil persatuan dan menonjolkan “towering personalities” EXSAS
- Menyedari kebanyakan ahli EXSAS bekerja di bidang professional dan keusahawanan, pihak kami telah memberikan fokus kepada bidang tersebut pada tahun lepas.
- Siri PT cuba untuk menonjolkan kepelbagaian ahli EXSAS melalui penampilan ahli panel dari peringkat umur yang berbeza kerana diantara kelebihan EXSAS ialah kurangnya jarak diantara “batch-batch” dan kebanyakan ahlinya mampu bergaul diantara satu sama lain dengan selesa
- Siri PT EXSAS adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli EXSAS tetapi kali ini kita ada menerima penyertaan daripada pelajar IPTA & IPTS tempatan
Siri 1/2017
- Fokus kali ini ialah kepada pengurusan kewangan peribadi
- Puan Normawati adalah seorang konsultan yang mempunyai pengalaman diperingkat antarabangsa dan kini sedang menceburi bidang keusahawanan sementara En. Azraei adalah seorang penulis buku serta penyelidik di sebuah NGO
- Sebagai seorang yang telah menghasilkan dua buku, En Azraei berkongsi pengalaman beliau menguruskan kewangan sewaktu zaman belajar sehingga sekarang
- Puan Normawati pula telah berkongsi pengalaman beliau yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan selesa sebagai seorang konsultan bagi memenuhi cita-cita untuk mengusahakan sebuah “social enterprise cafe” yang mempunyai implikasi kewangan kepada kehidupan beliau sehari-hari
Berikut adalah diantara intipati perkongsian mereka;
- Pentingnya untuk menyemak perbelanjaan harian – beri perhatian kepada “leakages”
- Tips untuk mengawal keinginan membeli “perkara / benda" yang tidak penting - tahan selama 3 hari. Sekiranya selepas 3 hari kita masih merasakan kita tidak mampu hidup tanpa “perkara / benda” tersebut, maka belilah…
- Ahli panel juga mencadangkan kepada hadirin untuk mengambil “ujian personaliti” bagi mengenal karektor diri sendiri bagi memudahkan untuk mengubah tabiat tertentu yang negatif
- Para pelajar boleh mula bekerja sewaktu zaman di kolej / universiti tanpa memberikan kesan kesan kepada persembahan akademik
- Penetapan cita-cita kewangan peribadi berdasarkan situasi masing-masing
- Kebanyakan orang berdoa setiap hari untuk dimurahkan rezeki tetapi tidak bersyukur dengan membazirkan makanan yang merupakan rezeki di hadapan mata
- Pembaziran makanan adalah isu kritikal kerana tapak pelupusan makanan semakin berkurangan
- Bagaimana kita mengharapkan pulangan tinggi daripada produk kewangan lain sedangkan kita tidak menghargai dan mengembangkan pulangan konsisten daripada ASB dan Tabung Haji
- Adalah penting untuk kita sentiasa bersyukur kerana sewaktu kita bekerja “makan gaji” dan ada pendapatan tetap kita jarang merasakan bahawa pendapatan tersebut adalah “rezeki” pemberian Tuhan
- Tetapi apabila kita mengambil keputusan untuk “bekerja sendiri” dan kita tiada punca pendapatan tetap (seperti kais pagi makan pagi) barulah kita baru sedar yang punca rezeki kita betul-betul datangnya daripada Tuhan
Penutup
Akhir kata, proses perkembangan peribadi adalah proses yang perlahan, memakan masa dan berterusan. Apabila lebih ramai ahli EXSAS mampu meningkatkan tahap kepimpinan, pengurusan dan “common sense” masing-masing, maka lebih ramai daripada kita yang akan menonjol dan menaikkan nama EXSAS dan SEMSAS.
Pihak penganjur gembira dengan penyertaan dan ucapan jutaan terima kasih kami di atas kerjasama yang diberikan oleh ahli panel, moderator, Presiden dan JK EXSAS terutamanya sdr Azhar Aziz@ Qisan dan Ashraf. Sehingga kita bertemu kembali. Hidup Berjasa!
Thahir Rashid
LM 0032
Pengarah Program