Jawatankuasa EXSAS dengan kerjasama EXSAS Power Talks sedang mengumpulkan senarai nama ahli-ahli yang menepati ciri-ciri personaliti terbilang dan berpengaruh.
Objektif utama :
1. Meningkatkan profil EXSAS dan Semsas - dikenali sebagai persatuan / sekolah yang melahirkan ramai ahli yang cemerlang setanding dengan sekolah elit / premier.
2. Menyediakan senarai ikon yang boleh dijadikan contoh oleh ahli EXSAS dan juga pelajar Semsas.
Pihak Jawatankuasa EXSAS ingin menjemput para ahli atau kumpulan batch untuk mencalonkan nama mereka yang sesuai berdasarkan kriteria berikut :
1. Ahli yang memegang jawatan penting di dalam perkhidmatan awam, korporat, ahli politik dan badan beruniform.
2. Ahli yang telah mencapai kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa atau kebangsaan dan juga negeri.
3. Ahli yang dianggap ikon dalam bidang masing-masing dan membawa manfaat kepada umum.
4. Terbuka kepada semua batch dan peringkat umur termasuklah mereka yang masih belajar.
Hantar cadangan anda secara 'ONLNE'
Tarikh tutup cadangan adalah pada 10 April 2017 (Isnin).
Senarai akhir akan diputuskan oleh JK EXSAS dan juga EXSAS Power Talks. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamat.