JUMAAT, 16 JUN 2017 @ 3:47 PM
Oleh Shahrinnahar Latib
KUANTAN: Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Ahmad Shah (EXSAS) mengedarkan hidangan berbuka puasa kepada waris yang menemani pesakit di hospital terpilih sepanjang Ramadan ini. Naib Presidennya, Datuk Azhar Anuar, berkata pihaknya memilih Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan Hospital Bentong sebagai lokasi permulaan projek sebelum diperluaskan ke hospital lain di negeri ini.
"Projek dimulakan pada 1 Ramadan lalu dengan mengedarkan 100 bungkusan makanan berbuka. Kita sudah menambah jumlahnya kepada 150 bungkusan minggu lalu selepas mengambil kira jumlah petugas seperti doktor, jururawat, pengawal keselamatan yang turut berbuka di hospital atas tuntutan kerja. "Bagi Hospital Bentong, kita agihkan 50 bungkusan makanan buat masa ini. Jumlahnya boleh ditambah bergantung kepada keperluan semasa," katanya. Azhar berkata, usaha itu bertujuan membantu waris pesakit, khususnya mengurangkan bebanan kos perbelanjaan sepanjang berada di hospital.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/293653