Mesyuarat Agung EXSAS kali ke 18 pada 16 September yang lepas telah mencatatkan satu lagi sejarah didalam diari EXSAS.
Buat pertama kali, AGM yang tiada pemilihan JK baharu dan di luar Kuala Lumpur telah diadakan di SMK Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai ABS, Temerloh. Tempat dimana menyingkap kembali nostalgia abang-abang dan kakak-kakak batch 1973-1977.
Disinilah mereka ditempatkan untuk seketika pada kemasukan sesi sulung kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP) pada ketika itu.
Jumlah kehadiran yang diluar jangkaan juga telah memberikan seribu rasa disepanjang perjalanan AGM ini berjalan.
Selepas selesai pendaftaran kehadiran, majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan bacaan doa oleh Abang Haji Abdullah Ismail (80). Majlis sebulat suara juga telah melantik Sdr Syed Ali Mahir (83) sebagai Pengerusi Majlis.
Ucapan Presiden EXSAS, Sdr Mohd Fuad Kamal Ariffin dimulakan dengan ucapan tahniah kepada semua yang hadir serta terima kasih kepada Hajah Norlaila Ismail (80) yang juga Pengetua ABS atas kesudian menjadi tuan rumah pada AGM EXSAS kali ini. Beliau juga mengucapkan syabas kerana minat dan kesedaran ahli bertambah untuk hadir ke AGM.
Ucapan Mantan Presiden, Dato' Muhammad Imran telah memberikan sedikit infomasi dan sejarah berkenaan dengan kisah permulaan SEMSAS di ABS dan juga SMSP pada awal pembukaannya.
AGM kali tiada pemilihan JK yang baharu dan hanya perbincangan dan maklumbalas berkenaan bagaimana untuk menjadikan EXSAS yang lebih mantap pada masa yang akan datang.
Majlis berakhir lebih kurang jam 12.45 tengahari dan semua yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan tengahari istimewa iaitu masakan patin tempoyak dan sambal hitam.
Para hadiran juga sempat mengunjungi booth yang dibuka oleh warga EXSAS.
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjadikan AGM kali ke 18 ini amat istimewa dan bersejarah sekali. Terima kasih kepada penyumbang buah tangan iaitu Wasilah Global Auto Sdn Bhd (Saharzad Mat Abu 89), SMK Abu Bakar dan individu yang turut membantu didalam melicinkan perjalanan AGM pada kali ini.
Jumpa lagi pada tahun hadapan dengan pemilihan JK yang baharu. #Hidup Berjasa
Qisan88
Setiausaha 2016-2018