Oleh : Jasa Elang
Foto : Bro Giant
KUANTAN : 5 Februari, Isnin, 4.00 petang, Padang SEMSAS. SEMSAS turun ke padang sebagai pencabar utama. Misinya tak lain tak bukan, hanyalah memenangi kembali title ' the best in Kuantan'.
Walaupun bukanlah sebesar mana, hanya perlawanan antara pasukan di daerah Kuantan, bukan antara daerah di Pahang, bukan antara negeri di Malaysia, tetapi menjuarainya menjadi idaman. Apatah lagi kemarau sudah lama berpanjangan. Dan tahun ini jangkaannya adalah masa yang terbaik.
Bersedia dengan jersi belang kuning hitam di hadapan pasukan INTEK yang berjersi biru langit. Reputasi sebagai juara bertahan harus dipegang oleh INTEK.
Namun bukan semua yang dirancang berjalan dengan baik. Segala mungkin usaha dikerah menyerang dan bertahan, belum cukup lagi menidakkan 3 try dari INTEK bersama 2 conversion dan 1 penalti. Pemain kelihatan agak gugup. Separuh masa pertama, SEMSAS ketinggalan 0-22.
Cubaan untuk bangkit dalam separuh masa kedua berhasil dengan 1 try untuk merapatkan jurang 5-22. Dan sayang dalam keghairahan menyerang, sedikit kesilapan dihukum oleh INTEK yang melakukan intercept untuk menambah 5 mata lagi melalui try.
Wisel penamat dibunyikan, ternyata belum rezeki SEMSAS. Pasukan ragbi SEMSAS tewas 5-27.
Pelbagai reaksi dilontarkan, kebanyakkannya bernada positif untuk menyembunyikan sedikit kekecewaan. Diakui memang pemain masih kurang rencah kemahiran dan kematangan. Perlu diperbaiki dan ditingkatkan. Tak apa, teruskan berusaha, jangan putus asa. (-Kipidab Dongibab-)
Ramai juga senior yang turun. Yang di meja pejabat curi-curi tengok FB Live yang disediakan oleh Bro Giant. Terima kasih bro Giant. Sedikit terubat rontaan jiwa ingin sama-sama di padang tapi apakan daya.....tiada daya.
Apa-apapun ada 364 hari lagi untuk mempersiapkan pasukan yang mantap dalam edisi tahun hadapan. Tahun 2019 pasukan pasti mantap. Perancangannya sudah ada, tunggu masa untuk di impliment. SEMSAS akan bangkit.
Untuk pemain, coach, manager, penyokong dan EXSAS, "Well Done-lah".
-JASA HELANG-