Assalam dan salam sejahtera. Ramadhan kembali lagi dengan program-program Hidup Berjaya yang dianjurkan oleh warga EXSAS untuk mereka yang memerlukan. Diantara warga EXSAS yang aktif didalam menganjurkan sumbangan iftar ini adalah seperti Kak Radziah (78) dan suami beliau Abang Nik Malik (75), Dato' Azhar Anuar (87) yang merupakan CEO Syarikat NSE Resources Corporation, juga Kak Zuraini Kamal (86) dari Persatuan Sukarelawan Kanser Negeri Kedah dan Bro Mohazam Mohd Iqbal, setiausaha Persatuan Warga Kelainan Upaya Daerah Pekan. Terima kasih dan kami tumpang bangga.
*Jika ada warga EXSAS lain yang ada menganjurkan program Ramadhan seperti ini dan ingin berkongsi berita bersama kami, sila email berita dan gambar kepada
Petikan whatsapp mereka :
"Assalamualaikum ... terima kasih semua atas sokongan yg membolehkan sumbangan iftar untuk waris yg menunggu pesakit dan kakitangan Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu dapat Di teruskan tahun ini (tahun yg ke 13), Jazakallahukhairankathira . Moga2 sumbangan kita semua menambahkan lagi rezeki kita semua. Dan juga semoga kehidupan kita semua sentiasa di rahmati, di berkati & di redhai Allah. Segala sumbangan boleh lah di kreditkan ke dalam akaun saya
RADZIAH MOHD MOKHTAR (EXSAS78)
MAYBANK 013014-430008
Sebarang kemusykilan boleh lah berhubung terus dengan saya. Segala lebihan kutipan akan di agihkan kepada warga miskin sekitar Kuala Terengganu dalam bentuk pek makanan juga. Terima kasih kami ucapkan atas sumbangan dan sokongan yang berterusan dari saudara saudari. Semoga amal kita yang sedikit ini di terima Allah swt.
Radziah Mohd Mokhtar (DEE)
***********************************************************************
RAMADHAN menjelang tiba. Kami Team Sukarelawan #CSM akan terus menyantuni masyarakat khususnya pesakit Kanser (pesakit kronik, golongan asnaf dan anak2 tahfiz). Diantara Projek Amal Ramadhan yg telah kita rangka :
1. Ziarah pesakit kanser
2. penyampaian Foodbox kepada keluarga asnaf (berupa barangan dapur)
3. Projek Telekung warga emas dan pakaian ibadah ( warga emas lelaki)
4. Penyampaian sumbangan Moreh dan berbuka puasa kpd Maahad Tahfiz
5. PROJEK BAJU RAYA 2018 (dah siap dijahit dan sedang menunggu utk diagihkan)
Alhamdulillah kami masih menerima sumbangan dari sahabat FB seluruh Malaysia yg membolehkan semua program ini terlaksana. saya sekadar Jambatan penghubung membantu menyampaikan shj. Kepada sahabat yg berminat nak INFAQ utk bersama Cancer Survivors Malaysia (Persatuan Sukarelawan Kanser Negeri Kedah) sila hubungi kak aji 0124731352
aktivis marhaen
Bantuan tanpa syarat!
Hajah Zuraini Kamal (86)
***********************************************************************
Program Sumbangan Iftar di Hospital Bentong dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan oleh NSE Resources Corporation Sdn Bhd yang diketuai oleh Dato' Azhar Anuar (87)
***********************************************************************
Program Kuihraya 2018 kali ini akan melibatkan kurang lebih 2000 orang anak2 di 39 buah rumah anak yatim dan maahad tahfiz di 4 buah daerah di Negeri Pahang iaitu Pekan, Kuantan, Rompin dan Jerantut. Agihan kuihraya ini akan dibuat sendiri oleh ahli2 persatuan pada 15hb hingga 27hb Ramadhan 1439H bersamaan 28hb Mei hingga 12hb Jun 2018M.
Di dalam program ini, pembuatan kuihraya adalah dari golongan OKU dan keluarga dari kalangan ahli persatuan WARGAKU dan penerimaan kuihraya2 golongan dermawan. Pembuatan kuihraya akan bermula dari awal Ramadhan manakala pengumpulan dan pembungkusan kuihraya akan dibuat selepas 10hb Ramadhan iaitu selepas 10 hari berpuasa.
Sumbangan bolehlah didepositkan ke :
Bank Cimb : 7042915864
Mohazam Mohd Iqbal