Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Lanjutan daripada message yang disampaikan oleh kak Annie Liza tempoh hari, Presiden & Jawatankuasa Exsas telah bersetuju untuk melancarkan tabung bagi membantu menampung kos perubatan suami Kak Ku Hanita yang menghidap kanser.
Saya sempat berbual dengan Kak Ku kelmarin bertanyakan keadaan suami dan procedure2 yang telah dan bakal dilalui. Agak complicated kerana ia bukan sahaja melibatkan rawatan kansernya. Tetapi juga pembedahan2 lain kesan daripada kanser tersebut.
Kami dengan ini ingin mengajak kakak2, abang2, rakan2 dan adik2 Exsas untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada beliau melalui Tabung Kebajikan Exsas bagi tujuan ini.
Mohon nyatakan dalam reference bank-in sebagai "Ku Hanita" dan emailkan slip kepada
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824
Nama : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Reference : Ku Hanita
Rasulullah SAW telah berjanji dengan sabdanya: "Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambah dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya." (Riwayat Muslim).
Hari ini, hari dia. Mungkin esok, hari kita pula. Jom bantu!
Azlina 93
Ketua Biro Hal Ehwal Kebajikan Exsas
0133931741
Post rujukan : https://www.facebook.com/groups/exsas1998/permalink/10156265304917807/