Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Tabung Kebajikan Exsas diwujudkan sebagai saluran memberikan sumbangan kepada warga Exsas dan Semsas yang ditimpa kecelakaan mahupun kematian.
- Satu sumbangan telah disalurkan kepada Ruzana Mohd Dahalan SPM 93 berikutan pemergian suami yang tersayang Allahyarham Salzeli Bin Daud SPM 93 pada Januari yang lalu sebanyak RM500.
- Tabung KU HANITA telah dilancarkan bagi mengumpul sumbangan bagi membantu meringankan sedikit bebanan selepas suami beliau menghidap kanser. Sehingga saat ini, suami beliau masih di hospital menjalani rawatan.
Kami baru menerima 2 sumbangan dan masih membuka tabung sehingga 31 Mac 2019 sebelum membuat penyerahan kepada beliau. Oleh kerana itu, kami telah menyalurkan dahulu sumbangan daripada Tabung Kebajikan untuk beliau sebanyak RM500.
Kedua-dua penerima sumbangan mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada EXSAS atas usaha ini dan semua warga EXSAS yang telah terlibat dalam sumbangan tersebut.
Diharapkan lebih ramai lagi warga EXSAS yang sudi menyalurkan sumbangan ke Tabung Kebajikan Exsas bagi berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik. Mereka yang ditimpa musibah ini tidak minta banyak selain dikirimkan doa agar dipermudahkan segala urusan. Namun bagi mereka yang TAMAK PAHALA, salurkanlah sumbangan anda di sini.
Azlina 93
wasap.my/60133931741
Ketua Exco Hal Ehwal Kebajikan
2018/2020