Kuantan : 8 April 2019 - Kelab Kriket EXSAS memberi sumbangan berupa peralatan permainan kepada Pasukan Kriket SEMSAS yang bakal menghadapi Kejohanan Kriket SBP Pahang pada 13 dan 14 April 2019 bertempat di Pekan.
Peralatan bernilai lebih RM2,000.00, dibeli hasil sumbangan bekas pemain kriket semsas dan juga batch SPM 1996.
Sumbangan telah disampaikan oleh wakil kelab iaitu Saudara Ahmad Mohd Yunus (91) dan juga Saudara Abdullah Ahmad Sobri (2013) pada petang tadi kepada Puan Pengetua, Hajah Noridah dan juga PKHEM Ustaz Mohd Khiruddin di padang kriket SEMSAS.
Semoga dengan sumbangan ini, pasukan Kriket SEMSAS akan lebih maju dan bersemangat untuk mengharungi kejohanan-kejohanan yang bakal mereka sertai.
Hidup Berjasa.