3 Mei 2019 : Salam Jumaat. Ramadhan 2019 akan tiba tidak berapa lama lagi. Bulan yang penuh dengan barokah sebagaimana yang telah dijanjikan Allah swt kepada semua umat Islam yang meraikannya.
PROGRAM 1 : NSERC & EXSAS
Warga EXSAS tidak ketinggalan untuk meraikannya dengan perlbagai aktiviti ditempat masing-masing. EXSAS sekali lagi akan membantu NSERC Sdn Bhd didalam program CSR mereka dengan berganding bahu, menyampaikan sumbangan iftar untuk waris pesakit di hospital yang terpilih iaitu HTAA Kuantan dan juga Hospital Bentong.
EXSAS juga akan memberikan sumbangan 'DUIT RAYA' kepada para pelajar Projek KHAS SEMSAS dan juga warga EXSAS yang terpilih didalam satu Majlis Berbuka Puasa SEMSAS-EXSAS yang akan diadakan pada 18 Mei 2019 di Dewan Makan SEMSAS.
Justeru itu, kami memohon jasa baik anda untuk menghulurkan sumbangan yang boleh disalurkan ke Tabung Kebajikan EXSAS berikut :
Nama Akaun : Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS
Bank : Affin Bank Wangsa Maju
No Akaun : 105040031824
E-mel :
Kami juga berbesar hati untuk mewar-warkan serta meraikan rakan-rakan EXSAS yang turut melaksanakan program Ramadhan sebagaimana berikut :
PROGRAM 2 : KAK RADZIAH MOHD MOKHTAR -78 (DEE) DAN HAFSAH BT IDRUS
Tuan/Puan2 yang di hormati. Alhamdulillah kami telah di beri peluang sekali lagi untuk meneruskan program Iftar Ramadhan yang kami ‘terajui di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) Kuala Terengganu semenjak tahun 2006.
Bermula 1 Ramadhan ini kami akan menyumbang 400 pek Iftar kepada waris-waris yang menjaga ahli keluarga mereka yang di masukkann ke Wad2 Kelas 3 HSNZ serta petugas2 HSNZ. Setiap pek terdiri dari set nasi beserta lauk, air dan kurma adalah hasil dari sumbangan Tuan/Puan2 yang pemurah. Sekira nya kami dapat mengutip dana yang lebih lagi Pek2 Iftar akan juga di panjangkan kepada lebih ramai petugas dan kakitangan hospital serta ‘urban poor’ di bandar Kuala Terengganu.
Sejak Ramadhan tahun 2017 dan 2018 pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah memberi kepercayaan kepada kami dengan menyalurkan derma orang ramai kepada program kami.InsyaAllah tiada beza nya tahun ini mereka bersetuju meneruskan nya.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan2 program ini juga mendapat sokongan dari pihak Pentadbiran HSNZ di mana semua pengedaran makanan di lakukan oleh jururawat2 bertugas dan setiap pek akan sampai kepada yang berhak dan tidak berlaku pembaziran.
Pada tahun ini kami juga akan mengedarkan 100 pek Iftar kepada pelajar-pelajar kurang kemampuan di Kampus University Malaysia Terengganu (UMT).
Jom raih pahala berganda di bulan penuh barokah ini dan pada masa yang sama meringankan beban mereka yang di uji Allah swt serta pelajar2 UMT yang antara nya bergelut dengan masaalah kewangan.
Oleh itu kami dengan rendah hati menjemput Tuan/Puan2 untuk sama2 berkongsi rezeki sekadar mampu untuk menyumbang kepada program kami ini.
Sumbangan boleh di salurkan kepada akaun saya :
Maybank 013014-430008
RADZIAH MOHD MOKHTAR.
Terima kasih kepada individu-individu yang telah tidak putus2 menyumbang sejak bertahun2 yang lalu. Kepada yang baru kami harap mendapat sokongan dari Tuan/Puan2 juga.
Selamat Berpuasa dan semuga apa jua amal baik kita di ambil kira oleh Allah SWT.
RADZIAH MOHD MOKHTAR (DEE)
HAFSAH BT IDRUS
PROGRAM 3 : KAK ZURAINI KAMAL (86)
RAMADHAN menjelang tiba. Kami Team Sukarelawan #CSM akan terus menyantuni masyarakat khususnya pesakit Kanser (pesakit kronik, golongan asnaf dan anak2 tahfiz). Diantara Projek Amal Ramadhan yg telah kita rangka :
- Ziarah pesakit kanser
- penyampaian Foodbox kepada keluarga asnaf (berupa barangan dapur)
- Projek Telekung warga emas dan pakaian ibadah ( warga emas lelaki)
- Penyampaian sumbangan Moreh dan berbuka puasa kpd Maahad Tahfiz
- PROJEK BAJU RAYA 2019 khas utk anak2 Yatim kematian ibu/bapa Kanser
Saya dengan rendah diri memohon kepada sahabat FB & Followers untuk bantu sekadar termampu bagi membolehkan semua program ini terlaksana. saya sekadar Jambatan penghubung membantu menyampaikan shj.
Kepada sahabat yg berminat nak INFAQ melalui Program #CSM sila hubungi kak aji www.wasap.my/60124731352/ramadhan
aktivis marhaen
Bantuan tanpa syarat!
Hajah Zuraini Kamal (86)
#hidupBerjasa