Assalam dan Salam Sejahtera. Untuk makluman semua, AJK EXSAS Sesi 2018-2020 bercadang untuk mengadakan AGM Tahunan dan pemilihan AJK Baharu Sesi 2020-2022 sebagaimana berikut :
Tarikh : 20 Disember 2020
Masa : 10 pagi
Lokasi : ONLINE
Sukacita diingatkan bahawa sehingga tarikh posting ini, kita masih berada di bawah PKPB dan sebarang perhimpunan adalah dilarang. Justeru AGM dan pemilihan secara ONLINE adalah jalan yang terbaik.
Proses pencalonan secara ONLINE akan dibuka tidak berapa lama lagi di www.exsas.com.my dan semua AHLI BERDAFTAR boleh memilih calon-calon yang sesuai dengan jawatan yang sesuai dalam masa yang akan ditetapkan.
Semasa AGM Online berlangsung, HANYA AHLI BERDAFTAR sahaja dibenarkan 'JOIN ONLINE MEETING' dan membuat undian.
Justeru kami berharap agar warga EXSAS yang masih belum berdaftar sebagai ahli, bolehlah berbuat demikian sekarang di www.exsas.com.my.
Notis Mesyuarat akan diedarkan 2 minggu sebelum tarikh AGM yang dicadangkan.
*AGM secara fizikal mungkin boleh diadakan berdasarkan keadaan semasa dengan SOP yang ketat.
Maklumat lanjut akan dikongsi dari masa ke semasa.
Azhar Aziz aka Qisan 88
Setiausaha EXSAS
2018-2020