Walaupun dalam 'mood' hari raya, pasukan Hoki EXSAS tetap turun didalam perlawanan yang ke 5 mereka dengan semangat yang jitu malam tadi menentang pasukan Pasukan Alumni UIA. Mereka telah menurunkan ramai pemain yang berpengalaman dan berjaya mendahului EXSAS dengan satu jaringan.
Berbekalkan semangat juang yang tinggi, akhirnya EXSAS berjaya beroleh jaringan penyamaan melalui gol padang Nasya (2000) pada 10 minit terakhir perlawanan selepas berlaku satu pergelutan dihadapan gol lawan.
Perlawanan yang turun disaksikan oleh Dato' Presiden dan Setiausaha EXSAS tersebut berkesudahan dengan seri 1 - 1. Lebih 10 orang penyokong EXSAS telah hadir bagi memberikan sokongan kepada mereka. Tahniah dan semoga pasukan Hoki EXSAS akan lebih berjaya lagi.
Perlawanan seterusnya adalah pada 24 September 2010 menentang diantara pasukan terkuat divisyen 5 iaitu FELCRA 'A'. Semua penyokong EXSAS dijemput hadir sama.