Kepada : Semua Ahli EXSAS
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN EXSAS KALI KE 26, 2025.
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, AJK EXSAS Sesi 2024-2026 telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sebagaimana ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 22hb Februari 2025
Masa : 02.00 Petang
Tempat : Business Center 6 & 7, Level 3, The Zenith Hotel Kuantan, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur,
Agenda:
02.00 ptg Pendaftaran
02.30 ptg Majlis Bermula
- Ucapan Pengerusi EXSAS dan Perasmian Mesyuarat Agung ke 26
- Pembentangan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke 25
- Pembentangan Laporan Setiausaha
- Pembentangan dan meluluskan Penyata Kewangan
- Pembentangan Usul & Cadangan
- Ucapan Penangguhan Pengerusi
- Majlis Bersurai
3. Warga EXSAS yang ingin mengemukakan usul dan cadangan, sila berbuat demikian
sebagaimana Borang Usul yang disertakan serta hadir untuk pembentangan semasa
mesyuarat nanti.