PENGURNIAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH
Seperti tahun-tahun yang lalu, anugerah ini diberikan kepada para pelajar SEMSAS yang mempunyai pencapaian terbaik didalam akademik dan ko-kurikulum serta telah diiktiraf oleh pihak sekolah. Namun untuk tahun ini, EXSAS dengan bangganya memperkenalkan dua anugerah lain yang melibatkan bekas pelajar dan juga guru Semsas.
Kategori Pelajar - Pelajar yang cemerlang didalam akademik dan ko-kurikulum untuk tahun 2005 dan 2006 berdasarkan senarai yang dipilih oleh pihak sekolah dan juga Exsas.
Kategori Bekas Pelajar - Ahli EXSAS yang cemerlang didalam akademik dan kerjaya, memberikan sumbangan yang bernilai kepada masyarakat di dalam bidang yang diceburi serta diiktiraf pencapaiannya di peringkat tertinggi.
Kategori Guru Semsas - Guru Semsas yang cemerlang dan mempunyai rekod yang baik
Kategori Bekas Guru - Bekas Guru Semsas yang mendapat pencalonan daripada bekas pelajar dan mempunyai rekod yang cemerlang semasa bertugas sebagai guru.
Kategori Pelajar
Pelajar yang cemerlang didalam akademik dan ko-kurikulum untuk tahun 2005 dan 2006 berdasarkan senarai yang dipilih oleh pihak sekolah dan juga Exsas. Penerima Anugerah :
Abd Malek Bin Jabar - Tahun 2005
Bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera Mekanikal, beliau yang merupakan anak seorang kakitangan di FELCRA Sri Makmur memperolehi pencapaian yang cemerlang sejak berada di di Semsas.
Bergiat cergas didalam ko-kurikulum seperti Kuiz Fizik dan Kimia peringkat kebangsaan, Catur MSSD Kuantan, Bola Tampar, terlibat didalam Perbarisan Kemerdekaan, dan Kempori Pengakap Kuantan. Beliau telah dianugerah Pingat Tok Gajah dan Pingat Mat Kilau didalam Pengakap. Beliau juga merupakan seorang Ketua Dorm dan Usrah Aman 7 yang berdedikasi serta bertanggung jawab.
Atas pencapaian beliau didalam tersebut, Exsas dengan bangganya memilih beliau bagi menerima anugerah ini.
Muhammad Haziq Bin Samsudin - Tahun 2006
Beliau dilahirkan pada tahun 1999 dan anak ke dua daripada 4 orang adik beradik. Bapa beliau, Encik Samsudin Abdul Said bekerja sebagai Pensyarah mankala Ibu beliau bekerja sebagai Tutor, tinggal di Seremban, Negeri Sembilan. Memulakan persekolah di SK Sri Serdang sebelum melanjutkan pelajaran ke SEMSAS pada tahun 2002 hingga 2006.
Aktif didalam ko-kurikulum dengan mewakili sekolah didalam sukan sofbal, AJK Kelan Seni Khat dan Setiausaha Kelab Cyber Briget. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Orkestra Semsas pada tahun 2006. Merupakan seorang Pengawas dan Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar Islam yang berdedikasi.
Lain-lain penglibatan beliau adalah seperti :
Tempat kedua Celcom Youth Ambassador Negeri Pahang
Wacana Di Raja Keputeraan KDYMM Sultan Pahang
Mewakili Pahang didalam Ke Muzik Kebangsaan
Naib Johan Kuiz Maal Hijrah Negeri Pahang
Kuiz Kimia Kebangsan
Kuiz Alam Sekitar Peringkat Zon
Olimpiad Matematik Kebangsaan.
Beliau mempunyai pencapaian yang cemerlang didalam peperiksaan diperingkat sekolah dan juga negeri dengan memperolehi 8A didalam PMR 2004 dan 10A1 didalam peperiksaan SPM 2006. Beliau sekarang sedang mengikuti Kursus JAD di Unisel, Shah Alam sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Atas pencapaian beliau didalam tersebut, Exsas dengan bangganya memilih beliau bagi menerima anugerah ini.