oleh : LM 0635 - Norrafidah Hashim (84)
sambungan ...
Kami teruskan jugak perjalanan. Ikut short cut…lalu Felda Kecau. Sampai kat K.Lipis dah 6.30 malam…sempat gak singgah kat KFC. Masa tu dah maghrib…burung-burung pun dah riuh balik ke sarang. Dalam keadaan tak der aircond tu kami beranikan diri teruskan perjalanan. Alamak hujanlah pulak…Ishh dah lah tak der aircond kena tutup tingkap. MasyaAllah…Nana yang duduk depan kena jadi kor pilot…tukang sapu cermin. Lampu pun makin malap….Jalan tu memang kena lalu hutan…Hati makin cuak…Laaa wiper pun makin slow…akhirnya kami terhenti gak kat selekoh dan mendaki bukit….Dah berbuih baca doa…tak jalan gak…Dugaan. Cepat-cepat ambik handphone. Lega signal ada satu bar. Terus talipun Acu…minta tolong…
Bayangkanlah dalam hujan lebat, gelap…nasib baiklah bawak torch light…Alamak tak nyala pulak… Nasib baik bawak bateri. Kumbah barang cari bateri.. Hubby turun bukak bonet depan…tekan..sana-sini. Try start…tak der bunyi langsung. Bateri dry….Aku pun turun..control kat belakang takut ada yang rabun…kang tak pasal jadi tragedi lain…Sambil kibar tuala putih …bagi orang nampak…dan kut-kut ada orang nak berenti tolong…Memang orang kita ni selfish…dah hampir 15 minit…baru ada Hamba Allah yang nak berenti. Brader tu satu family…tapi arah ke Lipis..Katanya nak ke Triang…Aik…pelik gak tapi naper ikut hala Lipis…Sebenarnya dia dah lalu tadi tapi tak berenti…Katanya tak sampai hati nak tinggalkan …kalau sampai rumah pun mesti dia tak leh nak lelap mata teringat kat kami…tambahhan pulak bila lampu kereta dia suluh nampak ramainya budak-budak dalam kereta…Subhanallah masih ada orang yang jiwanya macam ni..Syukurlah…Tak banyak yang dia boleh tolong sebab jumper yang kami bawak tak jalan…Haprak sungguh…jumper claim C***bank point.
Tak lama lepas tu ada kereta lain berhenti. Dua orang Brother berkopiah turun…Mulanya ingatkan ulat nak tolong tarik ni…Habislah melayang duit raya… Tengok kereta servis JKR Jerantut. Lega…dan dia ada jumper…Mulanya try tolak ke tepi…tak jalan sebab mendaki bukit…terundur lagi adalah…So try jumper…2 3 kali try jadi…Brother tu punye lah baik…don’t worry kami boleh follow sampai Jerantut.. Syukurlah ada orang nak tolong…Kami decide nak singgah jer kat masjid Kerambit…Cehhh…dry lagi…sahlah alternator rosak ni. Sempatlah 3 kali jumper barulah sampai Masjid Kerambit. Hujan makin lebat…Anak-anak happy sungguh bila sampai masjid. Apa depa tahu…sikecik berlari dalam masjid. Dah penat lah tu…dia tak buat hal masa dalam kereta tadi pun dah syukur.
Brother JKR pergi dulu…hubby hulur duit raya…depa tolak…hulur rokok 2 kotak…hak tu tak tolak. Dapat pahala ker bagi orang rokok…??? Wallah ua’lam.
Sembang ngan brother yang nak ke Triang tu…Cikgu sekolah rupanya…Katanya dulupun dia pernah terhutang budi ngan jiran dia masa dia dalam keadaan susah. Wife tak reti drive…sarat mengandung pulak. Dia operation kat hospital. Jiran dia yang tolong uruskan semua. Itulah pegangan dia…hari ni kita tolong orang…esok insyaallah diberi kelapangan masa kita susah. Itulah putaran alam…memang betul…tak dinafikan. Cikgu tu asal dari Tanah Merah..sekampung ngan abang tiri hubby. Emmm dunia ni bulat !!!
9.30 malam Ayah Cik Nan sampai..dia bawak kereta macam ribut. Tak sampai sejam dah sampai dari Temerloh. Dia kesian bila pikirkan cucu sedara dia kecik-kecik..terkandas …Kami suruh dia bawak anak-anak balik dulu..Aku dan hubby tunggu next SOS Mat Nuar dan Dr. Hasan.
Bila test semula kereta tu dah ok…boleh start sendiri….tak der lagi indicator light. Tapi atas nasihat Ayah Cik Nan tinggal jerlah kereta kat Masjid esok ambik..bahaya bawak malam…jalan ke Jerantut tu macam naik roller coaster..
Kami sampai kat Batu Sawar pukul 12 malam…Pelik gak…bila sampai masjid kereta tu ok… Banyak lah pulak cerita kata jalan tu ‘Keras’…memang lah kalau lembut..mesti tak jalan punya…Sesekali naik gak bulu tengkok…Tambahan pulak bila ada rentetan citer kata ‘Dia’ sakat sampai ke Sungai Buloh. Masa hubby balik sorang…lampu nyala sendirilah…kipas nyala sendirilah….Tahlah tak berapa nak caya…
Impian nak raya lama kat rumah Mak tercapai bila kereta tu rosak. Aku dan anak-anak stay kat kampung sampai hari ahad raya ke 6. Nana pun tak sempat balik rumah kat Sg. Buloh sebab sekolah dah nak buka esoknya. Dia terus balik hostel SEMSAS Kuantan dari Batu Sawar. Kami selamat sampai ke Sg Buloh lebih kurang pukul 5.30 petang. Trafik pun dah ok tak der jem lagi.
Itulah al kisah raya kali ini.
Norrafidah Hashim (84)
Sungai Buloh, Selangor