Hasnah Mohamed menulis:
Tinggal di asrama tidak sah jika tidak ada cerita seramnya. Di tahun 1973 di Asrama Pusat Temerloh itu, cerita seramnya adalah keranda terbang. Kononnya, bila malam dinihari sebuah keranda terbang melayang di kawasan asrama. Bila tidur malam dan semua lampu dah diarah padam, kami yang penakut ni tutup mata rapat-rapat bergulung dalam selimut.
Kadang-kadang tidak dapat nak lelapkan mata terlampau takut sampai berpeluh-peluh dalam selimut. Semua katil disusun kepala menghadap ke tingkap sementara lockers disusun sejalur back to back di bahagian tengah. Jadi, semua orang tidur berhampiran tingkap. Itu yang buat lagi takut, rasa macam `open to attack’ jer. It didn’t help kakak-kakak seniors ABS dan SMKT suka tidur dengan tingkap adjustable glass louvres tu terbuka (sebab panas). Tu yang buat lagi kuat pejam mata dan kemas bergulung dalam selimut walaupun panas.
At the age of 12 and 13, baru keluar dari bawah ketiak mak dan bapak, cerita-cerita yang sebegitu sangat menakutkan. Tidak pulak diketahui siapa yang mulakan hostel legend tu atau samada ada yang betul-betul nampak keranda terbang but like all hostel legends and myths, ceritanya disebar dan dibesarkan dari seorang ke seorang, duduk berkumpul tepi katil bercerita, seronok bercerita tapi malam mulalah tersiksa nak pejam mata.
Itu cerita seram keranda terbang.
Tahun 1973 masih lekat dgn saki-baki pengaruh Woodstock, Hippies dan Flower Power. Nak tahu trend masa itu, bayangkan John Lennon dan Yoko Ono (if you remember or know them at all). Baju dan seluar bell bottom berambu dipadankan dengan beg sandang tenunan kapas warna warni juga berambu dibahagian bawah.
Kalau dipadankan dengan cermin mata kanta bulat hitam, itu dikira habis fashionable lah. Rambut lelaki agak panjang atau memang panjang lurus siap bermisai. The chicks juga sported straight long straight hair, kalau lihat dari belakang tak kenal yang mana perempuan yang mana lelaki sebab pakaian dan rambut yang serupa. Op sorry, I digressed abit from our bus 7377 ramble …
Anyway, satu malam my dorm (tak ingat samada diikuti oleh dorm sebelah (mu mokcik Lina D rasanya masa itu dorm sebelah tingkat atas tu) with encouragement from our seniors yang naughty sikit tu, decided to have a psychedelic party. Bukan apa-apa pun sebenarnya, what we did is to stand ontop of our double decker beds and wrap the white fluorescent tubes lampu siling dengan kain warna warni yang kami guna untuk jahit sample stitchings for Homescience (Puan Kamaliah was the Homescience teacher). Yang bantai guna kain batik pun ada juga. My own green (I remember the colour) cotton material pun naik tersangkut kat lampu. Wah, seronoklah konon satu dorm warna warni ala-ala lampu neon gitu.
I don’t remember what we did actually dalam lampu warna-warni itu but I think kami buat bising yang terlalu. Tak tahu siapa yang beritahu warden tapi Cikgu Dolah pun datang. Semua kain-kain tu kena confiscated. I never got back my green cotton material. Kena keluar Bandar Temerloh beli lagi untuk ganti guna di kelas Homescience. Wished I had used my kain batik instead.
Anyone remember the war of the fireworks dalam bulan puasa tahun 1973 between the girls and the boys hostels?
Regards,
Kak Hasnah (0674) Class of 77
Azlina Dollah menulis:
Assalamualaikum mokcik Senah,
Mintak maHap neh! Ambo dak ingak sikit ghabok ceghito Keranda Terbang tu. Juga cerita 'psychedelic party'. As you said, we were in different dorms then. So maybe gengz ambo dale dorm maso tu jenih jjughuh belako jadi tak dok buat parti psychedelic nih.
Tapi kalu cerita the war of fireworks tu ... I remember vividly coz I was the one who went hiding into the locker (and eventually discovered that my singing sounded better in the locker - echo effect gitu) to avoid being hit by one of mercun roket.
Den ingat lagi masa tu bulan puasa. Hari minggu kita tak ada prep. Usually many of us would take the opportunity to do the washing after dinner. Selalu waktu siang tak ada air. Jadi ambil kesempatan waktu malam untuk membasuh supaya besoknya boleh dijemur. Immediately after dinner kena membasuh tu sebab kalau lambat sangat takut 'hantu' plak kat bilik air.
Ada seniors yang bercerita pernah nampak 'hantu' jilat darah kat 'used sanitary pads' yang dibuang tanpa dibersihkan. Sebab tu lah masa tu den cukup risau nak ke tandas waktu maghrib terutamanya ketika sedang 'period' takut ada hantu jilat anu. Karang berebut nak basuh ngan hantu nak menjilat tu. Eii … seramnya.
Bila dah besar baru den faham bahawa hostel legend cam tu sebenarnya nak mendidik kita ni supaya ikut prosedur membuang used sanitary pad yang betul dan jangan sesekali dibuang bersepah. Dengan cerita cam tu pun, masih lagi tandas di hostel sering blocked. Den terbayang penuh lah hantu dalam saluran paip hitam yang terletak kat tandas hujung sekali. I really tried my hardest not to use that last toilet.
Balik pada cerita perang mercun roket tu … satu hari di bulan puasa tahun 1973 tu (den tak ingat lah bulan berapa kita puasa tahun tu - is there anyone who can work this out?) tetiba ... shhhhhhhzzzznnggggg .... prangggggg!! ! Bunyi tingkap pecah dan ada kawan kita - kalau tak silap Sharifah Esah budak Sg Karang tu menangis sebab luka terkena kaca tingkap yang pecah. Den terpinga-pinga dengan baldi berisi basuhan di tangan kanan dan kotak sabun dan berus di tangan kiri. Rakan-rakan berlari menuju ke katil Sharifah Esah yang terletak selang dua katil dari katil den. Bilik den tak ada senior girls.
I don't remember exactly what happened next to Sharifah Esah 'coz the moment I comprehended what was happening (masa tu bertubi-tubi gak ler mercun roket tu sampai) den pun kosongkan kedua-dua tangan dan terus melompat masuk loker. Masa tu loker den sebelah bawah (loker ada dua tingkat) paling dekat ngan pintu dan beberapa mercun roket dah masuk melalui pintu. Den duduk diam dalam loker and a few mercun did hit my locker I think. Rasanya ada orang gi panggil warden ... Cikgu Anizam untuk tengokkan Sharifah Esah yang luka.
Den tunggu dalam loker tak berani keluar. Untuk menghilangkan rasa takut, den nyanyi kuat dan tetiba den dapati suara den kedengaran sedap lah plak di telinga den dalam loker tu. Tahu apa lagu masa tu? Lagu hinduste ... besama ... sama hey ripyar ripyar ... ishk intiza ripyar ... (disadur ke bahasa melayu oleh Sarena Hashim ... bersama .. ku ingin hidup bersama ... walau untuk seketika ....) sampai den tertidur dalam loker tu (syok dengar lagu hinduste gamoknya). Entah pukul berapa Mazidah Ahmad ketuk loker den dan mercun dah tak ada lagi.
Yang lain nya den tak ingat dah. Hanya episod tu yang masih jelas di ingatan sebab den nyuruk dalam loker dengan degup jantung yang sangat kencang dan sudahnya keluar dari loker dalam keadaan separuh tidur. Tak der plak kes histeria masa tu. Yang den ingat lagi nyer .. minggu depan tu ... mula lagi dan kali ni betul-betul perang sebab kakak senior dah bersedia dengan mercun roket mereka dan membalas serangan dari asrama lelaki. Dan sekali lagi I found solace in my locker and this time ramai lah gengz yang turut sama masuk loker. Den ingat den kongsi loker ngan Katijah Ahmad sebab loker dia kat sebelah atas loker den.
Tapi kali ni warden masuk campur dan dengarnya ada seniors yang kena gantung asrama .. kalau tak silap salah seorangnya ialah Kak Hasnah (serious nih mokcik Senah weh, bukan ngenen hang) dan abang Chengkenek (den lupo dah nama betul dia , ingat nama glam jer)
Itulah cerita mercun untuk trip bas nombor 7377 kali ni. Over to you mokcikz. Payit aka Charles Bronson tak kan tak ada your version of that war of the fireworks tu. Meh ler kongsi citer. Yien .. cer cuit skit uncle Payit ni.
Happy school holidays.
Kak Azlina (0302) Class of '77
Hasnah Mohamed menulis:
Sila maklum Kak Hasnah yg disebutkan bukan koi yek. Tu salah sorang senior girls dari sekolah lain. Bukan cermin tingkap jer yg pecah, kebakaran kecil kat tilam tepi tingkap pun berlaku. Koi tak masuk dlm loker tapi nyorok sebalik loker. Mana tak suddenly grow up, tetiba tahun 1973 berhadapan dgn perkara-perkara yg tidak pernah berlaku dirumah sendiri kat kampong.
Kak Hasnah (0674) Class of 77
Sahridah Abu Samah menulis:
Mokcik LinaD,
Tsk tsk tsk.... tak sangka hang pung termakan dek citer hantu-mantu nih!!.. Hish, beso sesajer hang tu yek... penakut habih!!
We shared the same dorm, tapi hang kat ujung sana, aku kat ujung sini... Kat my side ada sorang kakak senior, Noor Aida nama dia, orang Temerloh sekolah ABS form 4 kalau tak silap... then another one kakak sekolah SMKT form two ka three... I mean bukan kita SMSPians saja kat dorm tu.
Tentang lawan roket tu memang betul citer hang. Tapi tak sangkalah pulak hang sampai nyorok dalam loker!! Hish, kalau aku tau aku tarik hang buat umpan kat depan koridor tuh!!
Ada yang kena gantung asrama akibat peristiwa tu ke? Nasib baik aku selamat. Aku pun ada meneget gak. Arwah Hazidah Manaf dan Mazidah yang jadi pembantu. Memang the second war lebih teruk sebab girls dah bersedia membalas bedilan - keluar ke bandar Temerloh cari mercun roket!!!
Azlina Dollah menulis:
Mokcik S,
Tak sangka den ekau pung turut *meneget* (btw ... tulun translate meneget dalam bahasa standard).
Ha ah lah mokcik S. Sekarang baru den teringat kat 'seniors'. Ujung sebelah den masa tu ada sorang kakak yang rupa nya sebijil cam Cina, selalu ikat rambut 2 tanduk tu sekolah kat SM Jalan Bahagia suara nyaring berdesing nyanyi lagu To Sir With Love setiap kali ada event.
Talking about event, den paling nostalgik ialah pertunjukan pakaian beragam kat dewan masa hari guru dan nyanyian 'Pretty Ribbon/Rion Biru' oleh Subam.
Mokcik Senah, nanti compile bas 7377 nih jangan lupo gambar pakaian beragam tu. (*Nota: Gambar sudah dipaparkan dalam Bab 2 – Mokcik Senah*).
Have a nice evening everyone. Hope we the mokcikz haven't bore you all with our journey down the memory lane.
Assalamualaikum.
Kak Azlina (0302)
Class of '77
Dr Nasir Zainal Abidin menulis:
Tahun 1973 punyai pelbagai insiden. Pertama kita mula mengenali Sekolah Berasrama Penuh - apa ke bendenya tu? Cikgu-cikgu yang jadi guru sekolah Sains ini pun tak tahu benda apa SBP ini, agaknya. Mereka letak kita kat Asrama Pusat, kemudian lantak pilah. Terpaksalah belajar antara satu sama lain untuk hidup dekat asrama. Yang jaga kita pulak cuma warden-warden asrama dan tukang masak dewan makan. Adalah juga cikgu seorang dua. Yang lain terpaksalah kita jaga sendiri. Ada yang sakit, terpaksalah ada kawan yang menemankan dia ke klinik. Betapa jauhnya perjalanan. Talipon tak ada. Tulis surat jelah.
Kedua kita sama-sama mengenali satu sama lain dari semua ceruk pelusuk negeri Pahang. Macam-macam loghat dan macam-macam pael. Walau macam manapun kita menjadi sahabat akrab. Mungkin terlalu akrab kot. Apabila seorang kena pukul yang lain pun sama-sama nak lawan. Dengan cikgu pun kita jadi kamceng lawan mereka. Terbawa-bawalah perangai kita ini sampai ke Kuantan. Kalau dijadualkan skala gaji emak ayah kita berbanding dengan skala gaji emak ayah junior-junior kita kat sekolah, rasanya rendahnya skala gaji emak ayah kita tu seakan-akan kita ini bahan kajian, samada sekolah sains ini boleh berjaya ke tidak. Ketiga duduk kat Temerloh, bersekolah petang dan mee kari kantin sekolah Abu Bakar. Tuan punya kantin orang Cina, tetapi pada waktu tu tak ada rasa takut pun nak makan masakan dia orang. Sedap pulak tu. Hari Sabtu, hari tak sekolah, keluar ke Bandar Temerloh. Tak puas lagi, pergi ke Mentakab. Makan kat apa nama kedai tu... Makan mee.
Tengok wayang cerita Kung Fu - sekarang ini NTV 7 hari Sabtu tunjuk semula. Pelakon-pelakonnya selepas Bruce Lee dah mati ialah Wang Yu, Ti Lung, David Chiang, Lo Lieh, Alexander Fu Sheng dan lain-lain lagi. Masa itu belum ada Jackie Chan ataupun Jet Li. Kemudian ada juga yang minat cerita Indonesia - pelakon-pelakon saperti Sophan Sophian, Widyawati, Ratno Timoer, Dicky Zulkarnain, W D Mokhtar, Lenny Marlina, Bing Slamet dan lain-lain.
Tahun 1973 Allahyarham Tan Seri P Ramlee pulang ke Rahmatullah. Semua orang menyanyi lagu P Ramlee, sampai ada buku lagu P Ramlee. Tahun itu juga Tun Dr Ismail pulang ke Rahmatullah. Orang kata one of the original Malay minds - dia dan Arwah Tun Razak yang punya idea untuk buat sekolah-sekolah Sains ini.Senario sekarang amat berbeza. Kalaulah keadaan masih sama, tak banyak ibubapa yang sanggup tinggalkan anak-anak mereka kat asrama. Tak ada sessi motivasi, tak ada bimbingan agama, tak ada kelas tambahan, tak ada perjumpaan ibubapa dengan guru-guru, tak ada semakan kelulusan dan kegagalan dan macam-macam hal lain yang tak ada. Fikir-fikir, alhamdulillah juga kita ini, akhirnya dapat juga jadi manusia yang berguna sekarang ini.Setakat menambah.... ..
Dr Nasir
Dr Nasir Zainal Abidin meyambung lagi:
Salah satu kesukaan pada hari Sabtu di Temerloh, adalah Bandar Temerloh itu sendiri. Payit dan siapa-siapa saja yang mengajarnya. Dekat deretan kedai-kedai yang menghala ke stesen bas adalah selalu orang menjual ubat. Tengok orang jual ubat ini menjadi satu kesukaan yang terbawa-bawa sampailah di Kuantan. Di mana kat padang Astaka pun ada orang jual ubat. Cerita yang di Temerloh dulu.
Satu Sabtu saya tengok orang yang jual ubat itu meniup satu seruling buluh yang tak ada lubang melainkan lubang pangkal dan hujung - macam silinder saja. Tapi dia begitu hebat boleh main macam-macam lagu, merdu dan kalah Subam. Entah tiba-tiba dia tiup hanya dengar angin saja. Berpeluh-peluh dia tiup, tetapi tak keluar lagi lagunya. Kemudian dia duduk senyap, dan dia berkata, "Saya tahu kat sini ada orang yang lebih pandai dari saya. Tetapi saya nak cari makan, janganlah aniayakan saya." Lepas tu, bila dia tiup buluh tu berlagulah macam-macam lagu semula.
Entah apa yang membuat saya undur dari kumpulan yang sedang menengok orang jual ubat itu pun saya tak tahu. Yang saya sedar apabila saya undur saya tengok seorang lelaki tua pun mengundur dengan mukanya tersenyum simpul. Tak lama lepas itu saya ada jumpa lelaki tua itu dekat kedai makan kat Batu 1. Saya pun tegur dan minum kopi serta makan roti canai sama-sama. Perhubungan pun terjalin. Pada bulan puasa tahun 1973, pada hari Sabtu saya ke rumahnya. Dan malam itu dia menceritakan yang dia sedang mencari sebilah keris bernama Toh Puteh.
Hasil dari cerita orang lelaki tua itu, saya bukukan di dalam novel "SAKSILA LEKIR" yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1975. Orang lelaki tua tu duduk rumah dekat dengan rumah Suhaimi Zainal Abidin. Rasa-rasanya Suhaimi ini bernikah dengan kakak Azman Yusuff (Man Tong). Pak Cik Zainal Abidin ini rasanya cikgu sekolah Jalan Bahagia ataupun SMKT.
Itu saja. Nak cerita perkara yang selama ini satu rahsia di antara saya dengan orang tua itu. Tak tahu apa pulak dah jadi dengan orang tua itu. Lepas meninggalkan Temerloh, tak jenguk-jenguk langsung dah. Zaman tu semua tempat rasa jauh dan luas jaraknya.
Dr Nasir
Gambar buku Saksila Lekir hasil nukilan Dr Nasir Zainal Abidin (gambar sumbangan Dr Nasir)
Hasnah Mohamed menulis:
Sebelum kita tutup kisah tahun 1973, saya nak sebut mengenai sukan sekolah kita yang pertama diadakan. Tempatnya tidak lain tidak bukan, padang yang terletak sebelah Asrama Pusat itu. Saya ini kaki bangku jadi saya tidak berapa pasti samada saya ada mengambil bahagian didalam sebarang acara. Apa yang saya ingat, kita warnakan sendiri baju T kita mengikut warna rumah Sukan; Apollo (kuning), Skylab (Biru), Cosmos (Hijau) dan Soyuz (merah). Kita gunakan pewarna serbok Dylon untuk tukarkan baju T putih kepada warna rumah dan kemudian masing-masing stencil sendiri (DIY) menggunakan pewarna Dylon yang didalam botol nama rumah sukan dibelakang baju T yang sudah diwarnakan itu. Kenapa ya? Saya rasa masa itu belum ada peruntukan dan pembuat sesuai untuk tempah baju T rumah sukan yang lawa-lawa seperti sekarang. Anyway, kami seronok buat baju sukan sendiri … tak silap, kerjanya buat di dewan makan tempat biasa berkumpul itulah. Lagi satu yang saya ingat, kita semua bangga dengan rumah sukan masing-masing. Saya rumah kuning, baju T kuning, walaupun kaki bangku semangat `berkobor-kobor’ tetap ada.
Bersalam dengan kakak senior Headgirl Sekolah ABS. Our first SMSP Headgirl Zainab yang bercermin mata. Begitulah rupa uniform sekolah dulu-dulu. Blaus putih bersama pinafore biru laut. No comment about the skirt length, itu dulu ….
Penutup tahun 1973 kita ada peperiksaan akhir tahun. Masa itu sudah nampak persaingan yang sihat antara pelajar (at least among the girls in my dorm). Kami duduk atas katil mentelaah buku dan bersahut-sahutan menanya antara satu sama lain soalan-soalan. I remember this clearly. Saya yang tidak pernah terasa perlu mentelaah masa disekolah rendah tersedar jika saya tidak ikut baca buku, habis naya lah saya porot dalam kelas. Saya pun terikut cara `budak-budak Bentong’ (ramai dalam dorm saya) ini belajar.
Paling kuat belajar masa itu saya lihat adalah Khasnah Yatib. Sama kuat dia belajar baca buku, dia juga suka baca buku cerita. Membaca buku cerita was our favourite way to spend our free time back then.Buku cerita favourite kami masa itu adalah buku-buku Enid Blyton didalam siri The Mallory Towers. Kami berangan-angan kami yang tersadai di Asrama Pusat Temerloh itu seperti karektor-karektor didalam siri The Mallory Towers, kisah berkenaan kumpulan budak perempuan yang bersekolah di boarding school having plenty of exciting adventures. Headgirl pertama SMSP Zainab siap organize midnight feast di dormitory kami menyamai dengan didalam cerita The Mallory Towers.
Saya masih ingat what was the last exam paper. It was Art (Lukisan). Saya ni berminat juga melukis tetapi rather lousy at keeping to a time limit. Saya suka take my time to draw and colour. Since the Art paper was the last subject and that day jugak was last day of school, saya nak balik ke kampong (mak dan ayah dah tunggu kat asrama), saya bantai sahaja siapkan. The call to go home (the whole term saya tak balik kampong kecuali cuti penggal) was stronger than to do well in Art. What happened then was untuk LCE (SRP), saya tahu saya tidak mahu ambil Art walaupun saya berminat melukis kerana saya tahu saya terlalu cerewet untuk siapkan kerja lukisan didalam waktu yang ditetapkan. I never pursued Art until today. But today in my work, biasa juga saya mengacau over-stepping my territory mengomel design building orang ….. melepaskan geram heheh.
We were kids. We had fun.Yang kena cekik leher tu Ainun Abdul Rahman (sekarang pendidik). Yang paling depan dalam gambar menoleh ke kawan-kawan itu Asmah, sekarang sedang buat Phd, pakar matematik juga seorang pendidik. Saya dan my best friend in school juga ada disitu but I’m not telling which one …. Heheh.
Berakhirlah kenangan saya berkenaan tahun 1973. Pada tahun berikutnya, kami semua berpindah ke bangunan sekolah kekal di Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan. And that will be our next story about this 7377 bus.
Anyway, anybody else wants to add their memories of 1973 here before this bus moves to 1974?
Regards,
Hasnah (0674) Class of 77
SEDIKIT BERKENAAN PENUMPANG BAS 7377
Amalluddin menulis :
FLASHBACK ……..
SEMSAS 73-77 meninggalkan seribu kenangan. Yang aku tahu seronok sahaja. Apa taknya, hidup kita semuanya telah diprogramkan. Kelas, main, prep, tidur, kelas, main, prep, tidur. Tapi ada juga yang cari masalah sendiri i.e study tengah malam guna torch light berselubung dengan gebar. Dalam locker pun ada [Ahmad Tajuddin Abd.Kadir @ Han Wuti – perangai dia yang satu ni pelik – dia boleh cipta indoor games (hoki, bola sepak kertas, badminton) dan semuanya ikut join main bagaiikan nak rak].
Yang letih, basuh kasut saja. Kerana kasut tak boleh hantar dobi. Kalau ke kelas dari asrama boleh lalu kat jalan besar tu tapi biasanya lalu kat Dewan Makan, Kelas Industrial Arts (boleh jumpa guru I.A yang berbadan sasa dan bercermin mata tebal – Lai Chong Nam) dan kantin Mak Cik Kencang. Jalan tu redup sikit tapi masa tu kulit aku tak juga cerah. Weh! Siapa kata gigi aku gigi `kapak'. Kerekah kang. Pelajar 5.4 yang aku ingat, Maarof Abd.Rahman (budak baik, tak pernah gaduh dengan orang), Mohd Zaidi Alimi Said (nama penuh U – dia tak berubah, happy sokmo), Shamsulkamar Ahmad @ Sengkiok (Dia ni orang tepi Sg. Pahang, Temerloh, kalau bercerita mesti ketawa sampai terenjut-enjut), Ahmad Razali Malek @ Mat Crack (suka buat perangai pelik-pelik tapi yang menghairankan semua cerita dia tahu dan dengan siapa pun dia boleh masuk line. Dengan `budak' Malay Medium, Kg. Sg.Ular pun dia boleh), Tajul Rahim (ni satu lagi makhluk yang selalu happy je), Abd.Mubin M.Y Hassan @ AMYBA @ Bionic Man- [(Six Million Dollar Man – dia suka imitate, rela dia cellotape cermin matanya untuk dapat focus (tut du tu)], Ahmad Mazian @ tak leh sebut `sensitif' (Ni lagi sorang budak baik, tahan diusik, kalau dikutuk - dia sadin je malahan ketawa lagi ada), Ariff Osman @ ARIOSA @ tak leh sebut `sensitif' (Dia ni adalah antara yang bijak pandai dalam kelas, lurus serba serbi termasuklah cara dia berjalan tegak, laju hingga tak menoleh kiri kanan. Dia ni sensitive .. jadi jangan buat dia marah ha), Zuhaimie Ismail @ Mie (Satu ketika dia adalah seorang pelari iaitu sebelum kemunculan Rahman Aziz. Kalau tak silap dia rumah Skylab. Seronok tengok dia main hoki. Kerass aje. Dia ni juga dikirakan sebagai Bodger the Bookworm). Saharuddin Ming (Dia ni selalunya serious, payah nak tengok dia ketawa, yang pelik sangatlah baru dia gelak, kuat mugging [ulat buku], selalunya dia skor, pernah sekali nampak gambar dia dalam akhbar masa tamat pengajian di U).
Hamidah @ nama cembung tak leh sebut `segan' (Dia pemalu), Khasnah Md.Yatib @ Khas (Kalau kat kelas selalu lekat kat kerusi dia. Macam ada gam), Rosuna Abu Hanifah @ Suna @ tak leh sebut nanti dia mare (comments reserved - dia ni satu line dengan arwah Norhayati Md. Nasir), Tan (female/Chinese) apa ke namanya (Selera dia selalunya tajam), Fatima Hindun (join kita orang masa form 4 - Mat Crack yang selalu usik dia pernah terserempak dengannya sekali kat satu-satunya Batu Kilometer `0' di M'sia [K/Lipis]), Arwah Norhayati Md. Nasir (Dia telah mendahului kita – Al Fatihah untuknya), Rashimah @ Shim (kalau tak silap, dia anak askar. Ni sorang lagi ulat buku), Cup-cup dulu... `tracking'……. Maaf `fail dah hilang'. Nanti lain kali akan cuba trace dan kita ure-ure lagi di kampong ini. Tulis banyak-banyak pun tak boleh, nanti orang edit kan, kannnn…..
FLASH BACK LAGI…..
Penghuni 5.4 yang aku tak sempat nak sebut nama dulu, maaf ya. Blank masa ni … Siapa lagi Rohani Armia ( dia ni lembut saja, kurang campur, dalam kelas susah dengar suara dia- sebab tu agaknya dia sekarang ni kerja pun `tutup mulut' juga – Note: Sekarang Dr Rohani Armia, dentist). Norazila (gadis sensasi 5.4). Maarof … tolong aku. Siapa lagi ha….
Pakar Rujuk (Wei), aku ni yang dok banyak describe kengkawan kita ni jatuh kategori mana ya? Ngumpat ke? Aku rasa bukan ngumpat kut . Aku saja nak cerita.Yang elok-elok tu. Tang lain aku silent aja. Kalau tulisan aku ada nyakitkan hati rodo semua, ampun ya. Dosa dengan tuhan boleh minta ampun tapi dosa sesama manusia Tuhan pun tak boleh ampunkan.
Cikgu-Cikgu kita dulu aku tak pernah jumpa. Cikgu Hasnan dengan Fiat 127nya, Cikgu Tan Eng Chuan dengan Toyota Corollanya, Cikgu Jemail Asari dengan Austin Allegronya. Zamani Asnian, Anwar Ismail, Anizam Ismail, Mrs.Tan (ajar geographi siap dengan kasut tumit tajamnya. Kalau berjalan kuk, kuk, kuk), Ustaz Nordin dengan 9 2/3 tin minyak tanahnya (ayat yg aku ingat diajarnya "waktasimu bihablillah …. Wa ula ikahumul muflihuun" – ayat ni ada sebut nama Maarof tapi pengertiannya ialah supaya kita berpegang kepada tali-tali Allah dan janganlah kita berpecah belah, betul tak Wei?), Ustaz Ismail yang masih aku hafal surah yg dibacanya masa solat Tarawih (Innaladzi naamnu wa amilus solihati kanath lahum jannatil firdausi nuzula………biibadati robbi ahada – aku tak belajar sampai ke Pakistan tapi rasanya ia menceritakan pasal orang tidur dalam gua selama 300 tahun, betul tak Wei?). Aku ngaji tepi Semantan je. Ayat ni bagus untuk keselamatan semasa tidur dan kalau susah nak bangun, boleh set time untuk bangun macam ada jam loceng.
Eh, aku rasa dah banyak dah aku kisahkan. Banyak dah brain cell aku mati mengingat semua ni. Mana-mana yang tertinggal tu aku minta tolong Maarof sambungkan. Boleh kannnn!!!. Pelupa-pelupa aku setakat ni, aku bersyukur kerana masih boleh ingat lagi hal 25 tahun yang lalu. Mintak simpanglah, jangan sampai terkena Alzheimers. Cuttttttttt…….
Amall