(Kata-kata Dato’ Razak ketika keluar dari mengadap Tuanku di hospital berbulan-bulan dahulu nyata benar). Menyilakan Tuanku ke sekolah memerlukan persiapan yang rapi. Ayahanda bernasib baik mendapat tim yang kuat dan boleh bekerja sendiri dengan arahan yang minima. Apabila dibawa ke Mesyuarat Guru cadangan menyilakan sekali Tuanku ke sekolah, semuanya bersetuju dan memberi komitmen untuk bekerja keras menjayakannya.
Kami pun merangka pengisian kepada program yang hendak diadakan itu. Kalau mengisi hari pembukaan rasmi sekolah dahulu (selain daripada penyampaian anugerah cemerlang) diadakan pameran akedemik, maka kali ini kami putuskan mengisinya dengan seni berteraskan muzikal. Maka selain dari pertunjukkan pancaragam, kita juga akan mengadakan konsert, –Konsert DiRaja. Kami membuat persiapan rapi dengan latihan intensif (tanpa mengorbankan masa belajar dan prep). Seperti untuk Hari Pembukaan Rasmi setahun lalu, persiapan untuk acara ini juga menyebabkan ramai pihak sibuk – guru, pelajar dan pekerja. Sekolah menjadi seperti sarang labah-labah – semua orang dengan tugas masing-masing – hendak menjayakan Konsert DiRaja.
Untuk memeriahkan lagi acara persembahan Brassband SEMSAS, kami bercadang menjemput sekali lagi pancarangam STF dan SAS. (Tetapi di sini ayahanda dah lupa samada mereka datang atau tidak: - mungkin masih ada yang terlibat ingat dan boleh memberi maklumbalas kepada ayahanda; walau bagaimana pun ayahanda rasa kami menjemput).
Antara program diatur ialah di sebelah petang diadakan persembahan pancaragam di mana dimulakan dengan Tuanku menyerahkan Pancaragam itu ke sekolah; di sini diadakan istiadat dan dibuat dengan nasihat pihak tentera dari Kem Batu 9. (Kebetulan ada seorang ahli PIBG berpangkat Mejar dari Kem tersebut. Malangnya ayahanda dah lupa samada anaknya itu ahli Pancaragam atau tidak. Latifah Zam Zam mungkin tahu jawapannya).
Di sebelah malamnya kita rancangkan mengadakan Konsert DiRaja. Kita hendaklah mengetengahkan ‘talent’ yang sedia ada yang dicungkil melalui aktiviti kita “Bintang Kecil” dan “Bintang Tiga”. Sesungguhnya waktu itu kita mempunyai ramai talent – di antaranya (Dato' Dr.) Salahuddin (left-handed guitarist), (Allahyarhamah) Seha, Senorita Semi Mum dan ramai lagi (maaflah kalau ayahanda terlupa nama-nama mereka – ramai sangat). Konsert yang dirancang itu merupakan yang special – sesuai untuk digelar “Royal Performance”. Pentas disediakan macam teater – Di sudut kiri belakang dewan dibuat make-shift “Royal Box” – menggunakan beberapa desks supaya lebih tinggi. Ialah, takkan Tuanku nak diletakkan di barisan depan , rendah dari performers di atas pentas. Setelah segala persiapan dibuat kami bersedia menanti hari besar itu.
Pada hari yang ditetapkan Tuanku berangkat; disambuat oleh Ketua Pengarah Pendidikan masa itu, Tan Sri Murad Mohd Nor (Allahyarham). Aturcara pun berjalan lancar. Tan Sri Murad dalam menyembahkan ucapan terima kasih kepada Tuanku atas pengurnian itu mengisytiharkan secara rasminya pertukaran nama Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP) kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin – tetamu, guru, staf dan pelajar-pelajar. (Sebelum itu nama SEMSAS digunakan tidak rasmi – secara dalaman sahaja). Saat itu – ketika Tuanku mengistiharkan pengurnian brassband ke sekolah dan saat KPPM menisytiharkan pertukaran nama sekolah - adalah saat yang sangat syahdu kepada seluruh keluarga sekolah - pelajar dan murid, lebih-lagi lagi anggota brassband itu.
Selepas itu acara-acara yang diaturkan berjalan lancar. Anggota brassband kita telah menunjukkan persembahan yang sungguh mengagumkan berbanding dengan usianya setahun jagung. Nyatalah CikGu Murad dan Encik Wan Ahmad (band/formation instructor) telah menumpukan sepenuh upaya untuk menyediakan band kita: dan semestinya komitmen yang tinggi dari ahli-ahli. Sudah tentulah band jemputan dari sisters SBP perform lagi hebat.
Tuanku amat tertarik sehingga berkata kepada KPPM, (lebih kurang begini):
“Tan Sri, why not Kementerian anjurkan competition brassband antara sekolah-sekolah?” Tuanku tidak sebut secara specific samada antara SBP sahaja atau terbuka. “Saya boleh hadiahkan Piala Pusingan”. Tan Sri KPPM mengangguk tanda setuju.
Di sebelah ayahanda di kerusi VIP duduk seorang Exco Negeri Pahang, Dato’ Razak Hitam (kalau tak silap sudah arwah maaf kepada keluarga kalau tersilap: tapi rasanya begitulah: Editor kena cek fakta ini). Anak beliau, Abdul Rahman, adalah seorang daripada ahli brassband yang sedang perform itu. Beliau nampak visibly moved dengan persembahan itu. Beliau mencuit tangan ayahanda, dan tidak sedar menyelitkan sekeping sampul surat yang ‘mencing’ juga (mencing, loghat Pekan ertinya ‘gemuk’)
“What is this Dato’?” ayahanda tanya.
“My small contribution. Saya akan bawa band ini ke Raub untuk satu persembahan kalau you agree.” katanya.
“Of course I agree; we are delighted in fact” respons ayahanda.
“Everything will be on me” katanya yang juga merupakan ADUN (kalau tak salah) Batu Talam pada waktu itu (sebuah ADUN dalam Kawasan Parlimen Raub.) Esoknya bila ayahanda buka envelope itu, wow..RM1,000.00 – satu nilai yang banyak dalam tahun 70an).
Perbualan ayahanda dengan Dato’ EXCO itu sambil menyaksikan persembahan terhenti apabila sorang Pegawai Istana tiba dan mengadap dan mempersembahkan sesuatu. Kemudian KPPM mengamit kepada ayahanda minta mengadap.
“Saya kena bekejar ke Kuala Lumpur, jadi saya perlu beredar sekarang” titah Tuanku pendek. Tidak dinyatakan sebabnya (tak perlu pun). Tak tahulah samada Tuanku bisik kepada KPPM. (Hanya beberapa hari kemudian kita dapat tahu Tuanku kena bekejar ke KL kerana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah jatuh gering, dan Tuanku selaku Timbalan Yang DiPertuan Agong perlu berada di KL segera).
Tetamu hairan apabila juruacara kemudiannya mengumumkan “Keberangkatan balik KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang”. Para hadirin tertanya-tanya sama sendiri, kenapa Tuanku berangkat sedangkan acara masih belum selesai. Namun selepas Tuanku berangkat acara diteruskan sehingga tamat.
Sementara itu dalam kepala ayahanda tertanya samada program malam (Royal Concert) itu hendak diteruskan atau tidak. Semua yang terlibat telah berlatih bersungguh-sungguh dan tidak sabar menanti saat itu. Akhirnya diputuskan untuk meneruskan program itu.
Tan Sri KPPM tidak mahu menghampakan kita dan menghargai segala persiapan, turut hadir; menjadikan kita semua teruja. Malam itu para artis kita betul-betul menyembahkan sesuatu yang luar biasa – befitting a Royal Concert. Untuk pertama kali acara berjalan tanpa juruacara – semuanya mengikut skrip yang disediakan. Kami kagum dengan persembahan mereka. Di “Royal Box” Tan Sri KPPM mengucapkan tahniah kepada ayahanda (sudah tentu untuk semua)