Taktala mencoret episod Permata-Permata Yang Hilang, ingatan ayahanda mengimbau ke peristiwa-peristiwa yang besar sebelum ayahanda ‘berhijrah’ dari SEMSAS. Satu daripadanya ialah pengelolaan Pesta Piala Perdana Menteri (PPM). Ini adalah kerana Allahyarham Cikgu Ridhwan adalah key figure dalam beberapa siri Pesta Perdana sebelumnya. Seperti dicatatkan dahulu beliaulah mengetuai pasukan menyediakan pasukan pendebat (BM) selama beberapa tahun, di samping menjadi pengurus kontigen. Antara dalam timnya ialah Cikgu Mariam Khalid dan Cikgu Anuar Ismail, di samping beberapa lagi (yang ayahanda dah lupa namanya). Namun (mesti akui) ayahanda tidak ingat dengan tepat samada arwah bersama kita tatkala kita menjadi hos pesta tersebut (sebab beliau telah bertukar ke Kementerian Pelajaran). Malah tahun sebenarnya kita menjadi hos pesta itu juga ayahanda dah lupa, mungkin tahun 1980. Yang ingat lebih kurang begini……..
Hos PPM sebelum SEMSAS ialah SDAR. Di mesyuarat Pengetua-pengetua sempena pesta itu, diputuskan PPM seterusnya hendaklah diadakan di Pantai Timur. Rakan-rakan Pengetua menyuarakan hasrat untuk ke Pantai Timur dan memilih SEMSAS sebagai the next host. Ayahanda tersentak, kerana secara jujur SEMSAS (dan ayahanda sendiri) sebenarnya belum bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada acara yang besar seperti PPM. Setelah menyaksikan siri PPM sebelum ini yang dikelolakan oleh SBP yang unggul (MCKK, STAR, TKC, STF dan sekeluarganya) ayahanda rasa SEMSAS tidak mampu mengelolakannya – banyak kekurangan kita dari segi prasarana dan teknikal. Di mesyuarat itu ayahanda mengaku kekurangan kita dan ketidakupayaan memikul tanggungjawab berat ini.
Antara yang sangat kuat menyokong SEMSAS menjadi tuan rumah ialah Tn. Hj. (kini Dato’) Abdul Rahman Yeop (Pengetua SDAR masa itu dan tuan rumah PPM sedang berlangsung). Beliau merangsangkan ayahanda dengan mengatakan bahawa semua SBP yang pernah mengelolakan pesta ini – samada yang dah established atau sebaliknya sebenarnya tidak serba lengkap; ada kekurangan di sana sini, oleh itu beliau percaya SMS juga boleh lakukan.
Saranan Dato’ Rahman itu ada kebenaranya; memang sebelum ini belum ada SMS mengelolakan. Dari siri pertama 1973 (MCKK) hingga 1979 (SDAR) habis cycle original SBP mengelolakan PPM. Atas sokongan ramai dan kepercayaan rakan-rakan Pengetua, dengan berat hati tetapi penuh komitmen ayahanda menerima tugas berat ini.
Petang itu selepas sessi debat, ayahanda mengajak guru-guru yang mengiringi kontijen ke SDAR itu untuk bersantai di Telok Kemang – tempat peranginan yang popular di PD. Sambil minum-minum dan memandang ombak laut PD yang tenang, setenang laut di PD - secara selamba (bercampur cemas) ayahanda pecahkan berita kepada mereka: “Balik nanti kita ada tugas berat; kita dipilih mengelolakan PPM tahun hadapan….”
Reaksi? Senyap! Ayahanda memandang kepada Cikgu-Cikgu yang bersama – rasanya (Allahyarham) Cikgu Kenali di antaranya – dan ayahanda tak dapat baca riak muka mereka. Akhirnya Cikgu Kenali dengan trademark senyumnya bersuara : “Takpelah; kalau begitu hasrat mereka, kita pikul; saya percaya kita boleh lakukan. Kalau kita tak dapat lakukan seperti mereka lakukan, kita buat setakat keupayaan kita”.
Balik ke SEMSAS perkara pertama dilakukan ialah merancang pelan tindakan untuk melaksanakan tugas berat ini. Seorang guru (dah lupa siapa- mungkin Cikgu Meriam atau Cikgu Radhwan – [lupa bila sebenarnya Cikgu Ridhuan bertukar ke Kementerian – selepasa atau sebelum PPM]) ditugaskan membuat kertas kerja yang merangka pelan tersebut untuk dibawa ke mesyuarat guru apabila penggal persekolahan dimulakan nanti. (Oleh kerana PPM berlangsung dalam musim cuti ramai guru-guru tidak mengetahuinya, kecuali mereka dalam kontigen PPM. Masa itu tak ada hand-phone, belum ada internet; news travel slow)
Guru-guru menerima keputusan mengelolakan PPM dengan lapang dada dan komitmen untuk menjayakannya – not to let poor Pengetua down dan juga nama sekolah. Satu Jawatankuasa Induk pun dibentuk dengan beberapa jawatankuasa kecil.
Kami menyenaraikan keperluan-keperluan fizikal dan aktiviti yang diperlukan; nyata senarainya panjang sekali. Dari segi bajet kami terkejut apabila dikumpulkan anggaran belanja dari setiap jawatankuasa kecil, angkanya mencecah RM100,000.00 – suatu angka yang besar waktu itu. Ini termasuklah kos pembinaan beberapa kemudahan dan peralatan di samping penginapan dan makanan dan perbelanjaan pengelolaan – pengangkutan, sewaan, hadiah/cenderamata dan perbagai.
PPM mengandungi pertandingan Bahas dalam Bahasa Malaysia (the main business); Bahas dalam Bahasa Inggeris; pertandingan Bola Keranjang Lelaki, dan Bola Keranjang Perempuan sebagai acara iringan. Tiap-tiap kontigen menghantar sekitar 40 orang peserta; menjadikan jumlah peserta 40 x 17 (SBP) = 680 orang. Ini tidak termasuk Guru-Guru pengiring, jurulatih, pemandu, dan pelajar tuan rumah yang menjadi pembantu-pembantu dalam setiap aktiviti. Pada keseluruhannya jumlah yang akan berkampong di SEMSAS waktu itu sekitar 800 – 900 orang – satu angka yang besar untuk menyediakan penginapan given the space we have then.
Antara masalah penempatan ini ialah Dewan Makan yang ada tidak dapat menampong seramai itu pelajar pada satu masa. Oleh itu tidak dapat tidak Dewan Makan perlu dibesarkan. Kedua, ialah ada hanya satu gelanggang bola keranjang; solution - kena bina kemudahan ini. Semua ini melibatkan kos. Kem. Pelajaran tidak memberi sebarang peruntukan se sen pun untuk program ini, walaupun namanya Pesta Perdana Menteri (diasaskan oleh PM ke 2 – Tun Abdul Razak). Sudah beberapa siri berlalu, ianya masih tidak dimasukkan dalam bajet Kementerian (unit SBP). Oleh itu kenalah berikhtiar sendiri. Aspek kemudahan ini dan perlaksaaan permainan dan debat pastinya memerlukan perancangan logistic yang rapi.
Yang jadi “mangsa” ialah pelajar-pelajar. Untuk beberapa hujung minggu pelajar (yang dekat) diberi ‘cuti’ dan “digalakkan balik ke rumah. Dengan cara ini kita dapat jimatkan belanja dapur untuk membiayai sebahagian dari kos keseluruhan. Bajet pelajar yang “dikerah balik ke rumah” menampong sebahagian dari kos keseluruhan.
Bagi menjimatkan kos kita terpaksa penggunaan sumber yang ada ke tahap maksima: ini memerlukan aplikasi “management of resources”. Tidak semua keperluan mampu dibeli; tidak semua kerja-kerja harus dikontrakkan. Every cents must be saved; dalam lain perkataan we operate on shoe-string budget. Walaupun kita beroperasi dalam bajet yang ketat, sebaliknya kita tidak mahu kompromi tentang kualiti pengurusan dan persembahan.
Hadiah yang besar kita perolehi dari pengolaan ini ialah kerja sepasukan semua keluarga SEMSAS – dari Guru bawalah kepada staf sokongan sampai kepada tukang kebun dan penolong dapur. Semua memberikan komitmen luar biasa dan menggunakan “kepakaran” masing-masing. Pendek kata apa yang boleh dibuat sendiri, kita buat sendiri - kita kurangkan membeli dan menempah dari pembekal. Kerjasama ini dapat dilakukan kerana kita dah berpengalaman melaksanakan tugas berat sebelum ini – iatu semasa pembukaan rasmi sekolah beberapa tahun dahulu.
Sebagai tuan rumah kita mahu menurunkan pasukan yang mantap, yang tidak akan gugur di pusingnan pertama. Kita berharap setidak-tidaknya sampai ke peringkat separuh akhir – itu harapan!!. Oleh itu dua pasukan kita berkerja keras serentak – pasukan menyediakan kontigen-kontigen bahas dan permainan, dan pasukan kerja menyediakan pengelolaan. Boleh dikatakan kita bekerja dari day one, dan bila hampir pada tarikh pengelolaan, we work almost round the clock.
Alhamdullah, hari ditunggu-tunggu pun tiba. Kontigen dari brother/sister SBP/SMS pun sampai. Belum pernah SEMSAS melihat begitu ramai perhimpunan keluarga SBP; maka bermulalah kebimbangan – bimbang tak cukup air, (perkara biasa di Kuantan – dulu kini, dan selama-lamanya). Masalah pelajar-pelajar sakit – setiap sick-bay kita hanya muat 6 orang pesakit pada satu ketika; kita ada dua sick-bay, satu di asrama lelaki dan satu di asrama perempuan. Apabila pertandingan sukan bermula nanti tentu akan ada kecederaan. Inilah antara kebimbangan yang meninggikan darah AJK Pengelola especially Pengetuanya, Pengetua yang sentiasa diserang migraine dan gestrik apabila ada stress). Kena fikirkan semua jangkaan dari sebesar-besarnya sehingga ke sekecil-kecilnya, seperti parking bas. Ada 20 buah bas SBP, kereta-kereta guru pengiring, sedangkan kawasan parker kita terhad. Oleh itu masalah logistic juga masalah besar di samping masalah catering.
Walau bagaimanapun dengan tenang kami menunggu sebarang kemungkinan; the game has to go on even though the sky will fall. Tetapi kita percaya dan berdoa semua akan berjalan baik. Dan memang Allhamdullaah baik. Di hari pembukaan rasmi, YAB Menteri Besar Pahang (Allahyarham Dato’ Abdul Rahim Bakar – sahabat lama ayahanda - dan kenalan / University mate ramai rakan Pengetua) hadir merasmikannya. It was a beautiful show – sayangnya tidak ada video camera pada waktu itu untuk merakamnya. (Hanya still photo yang dirakamkan: ayahanda pun tak ada simpanan. Kalau ada yang menyimpannya harap loan kepada ayahanda untuk galeri ayahanda. Koleksi ayahanda musnah kerana renovation rumah di Kuantan).
Pada pertandingan pembukaan debat (BM) terundi SEMSAS bertemu STF. Dalam ucapan di perasmian itu ayahanda sempat tiup semangat tuan rumah dengan mengatakan “…..dalam debat permulaaan ini, kita akan menyaksikan pertandingan hebat antara STF dengan SEMSAS. STF adalah serikandi debat, namum pasukan tuan rumah bukan mudah dipatahkan…” Kata-kata itu bertujuan melonjakkan semangat pasukan tuan rumah…..malangnya ayahanda dah lupa siapa pemenang debat pembukaan itu (1). Kemuncak pembukaan rasmi ialah pada malamnya Menteri Besar memberi jamuan makan malam kepada semua kontijen dan yang terlibat di residen MB. Seronoknya pelajar-pelajar dijamu oleh pembesar negeri. Malangnya petang itu ayahanda dapt call MB terpaksa bergegas ke KL kerana dipanggil oleh PM. Tetapi dinner has to go on. Jadinya ayahandalah yang jadi “hos”. (Notis MB dipanggil ke KL agak tergesa-gesa, hingga tak sempat pejabat MP mencari pengganti)
Pesta berlangsung selama satu minggu. Suasana penuh ceria; guru-guru mengeratakan persahabatan dengan sesama mereka; pelajar-pelajar juga memulakan silaturrahim sesama pelajar. Pesta betul-betul pesta – tiada insiden yang tidak diingini berlaku, hinggalah di hari penutupan. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Tan Sri Abdul Rahman Arshad) yang melakukan penutupan rasmi memuji peserta dan pengelola atas kejayaan pesta.
Keesokan harinya, kontijen-kontijen mula meninggalkan perkampungan SEMSAS. Terasa suasana pilu. Para peserta berjabat tangan perpisahan sama sendiri dan juga pelajar pembantu. Yang perempuan berpeluk-pelukan. Satu demi satu bas membawa kontijen meninggal kampus diiringi lambaian perpisahan oleh tuan rumah. Nyata PPM telah berjaya memupuk silatulrahim antara SBPs. I miss all these when I left SEMSAS………
Tidak disangka PPM merupakan antara acara yang terbesar SEMSAS yang ayahanda kendalikan; dan juga merupakan yang terakhir bagi ayahanda. Walau bagaimanapun yang menjayakannya ialah pasukan kerja yang mantap - guru, staf sokongan, dan pelajar-pelajar. Mereka telah membuktikan “WE CAN..” Kepada semua, ayahanda sangat terhutang budi.