Ada yang travel sebab kebetulan dengan tujuan lain, maksud saya travel sebab nak pergi kenduri kahwin saudara mara, atau kawan lama, sebab nak pergi ambil anak di Kolej. Tak ada masalah kalau travel sebab ada tujuan lain seperti contoh contoh di atas. Tetapi, sebagai ketua keluarga, anda mesti berusaha meluangkan masa, berjimat cermat, dengan tujuan TRAVEL SEBAB NAK TRAVEL BERSAMA KELUARGA. Sebab apa?
BAPA YANG SELFISH Ialah bapa yang mengamalkan kuasa veto dalam menentukan keputusan apa yang hendak dilihat, tidor di mana, nak makan apa. Tak best macam ni. Travel yang best ialah travel yang menggalakkan keputusan bersama. Bapa, ibu dan anak anak. Berbincang dan beri peluang kepada isteri dan anak anak untuk menyumbang dalam pembuatan keputusan. Jangan risau untuk educate ahli keluarga berkaitan dengan your current financial situation. In Shaa Allah, mereka akan faham. Sebab after all, they just want your presence, mereka mahu figure seorang ayah bersama sama mereka. So, jangan terlampau risau, dan jangan terlampau kedekut. You are there to create good memories. Percayalah cakap saya, kenangan indah bersama keluarga tidak ternilai harganya. Worth every pennies. MELANCONG HANYA UNTUK ORANG KAYA SAHAJA? Itu stigma yang ada di kalangan orang orang kita, malahan ianya perkara yang sama berlaku di seluruh dunia. Travel tidak semestinya ke luar negara. Travel tidak semestinya jauh jauh. Tapi sebaiknya pergilah ke kawasan di luar lingkungan kebiasaan kita. Travel yang tidak menggunakan wang yang banyak ni ada caranya, trick trick tertentu, sebab itu wujudnya Agoda, Trivago, Booking. Com dan sebagainya. So dalam buku ini nanti kita akan bincangkan supaya kita yang tak kaya ni pon boleh travel. Dunia Allah cipta ni luas dan sangat cantik, rugi kalau kita tak pergi berjalan. MENGEMBARA MEMPERKASAKAN JIWA. Note : ini adalah sebahagian dari buku penulisan Pak Aboo yang tak tau nak siap bila. In Shaa Allah, slow slow. |
|
Pak Aboo |
- Kembara Pak Aboo
- Hits: 172
Travel Dengan Keluarga - Travel Sebab Nak Travel
- Kembara Pak Aboo
- Hits: 172