SOYUZ ( TETAP GIGIH )
JOHAN KESELURUHAN TEMASYA
SUKAN TAHUNAN SEMSAS 2007
Temasya Sukan Tahunan SEMSAS telahpun diadakan pada 8 Mac 2007 yang lepas. Buat julung kalinya, temasya ini diadakan pada hari Khamis dan bukan pada hari minggu sebagaimana sebelumnya. Presiden Exsas, YH Datuk Ir Muhammad Imran Baharuddin telah menjadi tetamu kehormat pada temasya sukan pada kali ini disamping Pengerusi PIBG, Pengetua dan juga guru-guru Semsas. Namun begitu, penglibatan para ibubapa tidak begitu menggalakkan disebabkan oleh waktu kerja.
Sukan Tahunan Semsas telah dimulakan dengan acara Sukantara yang telah bermula seminggu lebih awal dengan kemuncaknya pada hari Khamis tersebut. Hasrat pihak sekolah untuk menyaksikan rekod-rekod baru acara balapan tidak kesampaian pada temasya sukan pada kali ini kerana kebanyakkan pelari-pelari pecut sekolah terlibat didalam perlawanan bolasepak peringkat MSSD Kuantan pada hari yang sama.
Namun begitu, Presiden Exsas mengucapkan syabas diatas komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para pelajar dari segi persiapan dan juga perhiasan. Walaupun mereka diberikan masa yang singkat, namun hasil yang ditunjukkan amatlah memberangsangkan.
Rumah Apollo telah mengungguli acara perbarisan dan perhiasan rumah pada tahun ini dan Johan Keseluruhan yang mengatasi rumah ditempat kedua dengan hanya beberapa 'point' sahaja ialah Rumah Soyuz, diikuti dengan rumah Apollo, Skylab dan seterusnya Cosmos.
Exsas, melalui Datuk Presiden telah memberikan sumbangan sebanyak RM1000.00 kepada pihak sekolah sebagai komitmen untuk sama-sama berganding bahu melahirkan bakat-bakat baru didalam acara sukan di Semsas.
Tahniah dan Syabas dari Exsas.