KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH SBP 2007,
SEMSAS KURANG PENGALAMAN
Kejohanan ragbi tahunan SBP 10's telah berlangsung di SM Sains Alam Shah, Cheras pada 27 hingga 30 Jun 2007 yang baru lalu. Seluruh sekolah berasrama penuh kecuali sekolah yang 100% pelajarnya perempuan, telah mengambil bahagian. Semsas telah diletakkan bersama pasukan SM Agama Persekutuan Labu, SM Sains Kuala Selangor dan SM Sains Muar.
Pada peringkat kumpulan, Semsas telah berjaya mengalahkan SM Sains Kuala Selangor dengan mata 20 - 0 dan SM Sains Muar dengan 17 - 0. Namun pada perlawanan terakhir untuk menentukan johan kumpulan, Semsas telah tewas tipis pada minit terakhir dengan SMAP Labu dengan keputusan 10 - 17.
Faktor kurang pengalaman dan mendedahan permainan telah dikesan sebagai punca utama kekalahan tersebut. Dalam kedudukan genting diminit terakhir, pasukan SMAP Labu telah menggunakan segala pengalaman mereka untuk membuat 'try' yang membolehkan mereka mengalahkan Semsas yang pada ketika itu, kelihatan hanya dapat melihat sahaja tanpa sempat berbuat apa-apa.
Dengan keputusan tersebut, Semsas yang menduduki tempat kedua kumpulan hanya dapat bermain dalam kumpulan kalah ( bowl ) pada hari kedua esok.
Akibat daripada kekalahan pada hari sebelumnya, moral pasukan Semsas telah jatuh menjunam pada hari kedua kejohanan. Barisan muda Semsas agak perlahan ketika persiapan untuk menghadapi Sekolah Tunku Jaafar pada perlawanan peringkat 'bowl'. Pada perlawanan tersebut, pasukan Semsas telah tidak bermain dengan mutu permainan yang sepatutnya. Berbagai kelemahan telah dapat dilihat pada perlawanan tersebut. Bagaikan hilang arah, Semsas akhirnya terpaksa akur dengan keputusan 0 - 28, kalah ditangan STJ Worriors.
Pasukan ragbi Semsas pada hakikatnya amat memerlukan suntingan semangat yang lebih jitu untuk menghadapi kejohanan yang seterusnya selepas ini. Tanpa persiapan mental yang baik, pasukan Semsas akan menghadapi hari-hari yang hambar selepas ini.
Amat jelas sekali bahawa semangat Semsas Eagles perlu dipupuk semula kepada barisan adik-adik Semsas sejak dari mula mereka menjejaki bumi Semsas. Semoga Eagles akan terus terbang dengan gahnya pada masa yang akan datang.
Salam Hormat
Azhar Aziz , class of 1988
LM 0303