Daftar kehadiran secara ONLINE.
Untuk makluman semua, program 'Luncheon' atau Makan Tengahari Bersama Exsas Siri 1 akan diadakan pada 22 Mei 2014 (Khamis)akan datang. Program akan bermula dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang dimana venue yang dipilih pada kali ini adalah Restoran Temerloh Catering yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam (Peta).
Restoran Temerloh Catering adalah milik keluarga salah seorang warga EXSAS iaitu Saudara Khairul Izwandy Abdul Jazam aka Balrog batch 1997 dan telah mula beroperasi di tapak tersebut pada 7 Februari 2011. Program santai ini bertujuan untuk berjumpa, berkenalan, beramah mesra serta mengeratkan silaturrahim sesama warga EXSAS. Ia juga akan membentuk satu jaringan (Networking) yang baik dikalangan warga EXSAS terutama sekali yang tinggal di Shah Alam. Warga EXSAS yang hadir juga secara tidak langsung dapat berkenalan dengan barisan AJK EXSAS sesi 2014-2016 yang baru dilantik pada AGM 15 yang baru lepas.
Caj yang akan dikenakan pada program Luncheon pada kali ini adalah sebanyak RM12 untuk seorang. Semua pendaftaran kehadiran dan bayaran boleh dibuat secara 'ONLINE' di www.exsas.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Sdr Qisan (019-2991600) atau Presiden EXSAS, Sdr Mohd Fuad (012-2822664).
Program Luncheon Exsas siri 2 akan diumumkan dalam masa yang terdekat.