Pada 8 Mei 2014 yang lepas, telah berlangsung mesyuarat Ahli Jawatankuasa Exsas sesi 2014-2016 buat kali yang pertama bertempat di Worldwide Business Park, Shah Alam.
Mesyuarat tersebut telah mencatatkan sejarah tersendiri dimana seramai 15 orang daripada 17 orang ajk telah hadir. Hanya 2 orang ajk tidak dapat hadir dengan kebenaran Presiden dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden baru Exsas iaitu saudara Mohd Fuad Kamal Ariffin.
Mesyuarat juga menerima kehadiran Mantan Presiden Exsas iaitu Saudari Anuar Alawiah bagi mengetuai sesi Simbolik Penyerahan Tugas daripada AJK lama kepada AJK yang baru. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau dan barisan AJK terdahulu.
Mesyuarat dimulakan dengan sesi ta'aruf bagi semua yang hadir.
Saudara Presiden mengingatkan kepada semua AJK supaya lebih bersedia dari segi fizikal dan mental dan berupaya memikul tanggung-jawab yang telah diamanahkan.
Tempoh 2 tahun bukan lah satu masa yang lama dan semua AJK perlu bergerak menuju halatuju yang telah ditetapkan.
Mereka juga dituntut untuk bergerak aktif didalam semua media yang ada, memberikan cadangan yang membina dan bekerjasama diantara satu sama lain demi menjadikan Exsas kukuh dan berdaya saing.
Exsas juga diharapkan agar dapat memberikan perhatian dari semua segi kepada Semsas secara keseluruhannya.
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk membentuk biro-biro bagi mencapai wawasan yang telah digariskan dan hala tuju setiap biro pula akan dibentangkan dalam masa yang terdekat oleh setiap biro yang telah ditetapkan.
Biro-biro tersebut adalah :
1. BIRO KEAHLIAN DAN HAL EHWAL “BATCH”
- - Zuraini Kamal
- - Sharifah Rafeeah Syed Salim
- - Norjiah Sudiran
- - Mohd Insan Abdul Malek
2. BIRO PENTADBIRAN & KOMUNIKASI
- - Azrul Ibrahimi Mohamed Basri
- - Azman Idris
- - Azhar Aziz
- - Mohd Khairi Hussin
3. BIRO EKONOMI
- - Ahmad Saruji Abdul Aziz
- - Safarin Musa
- - Rozmah Ismail
4. BIRO SUKAN DAN KEBAJIKAN
- - Mohammed Fawaz Kamaruddin
- - Wan Khairul Anuar Wan Mohd Zain
5. BIRO LATIHAN DAN PENDIDIKAN
- - Khairulanwar Zit
- - Harris Zamzairie Nashoha
- - Hj Rahasdin Hj Razali
AJK juga sedang merangka Takwim bagi tahun 2014 dan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Walaubagaimanapun, antara aktiviti yang bakal diadakan bermula pada bulan Mei ini adalah 'Luncheon' bulanan. Beberapa restoran atau tempat makan milik Exsas akan dikenalpasti untuk dijadikan tempat majlis tersebut akan diadakan. Info lanjut akan dimaklumkan di laman web rasmi Exsas.
Mesyuarat tamat pada jam 12.30 pagi dan mesyuarat kedua akan diadakan dalam masa 3-4 minggu yang akan datang.
Disediakan Oleh :
Azhar Aziz
Setiausaha EXSAS
Sesi 2014-2016
019-2991600