Mesyuarat Agong EXSAS kali ke 15 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 April 2014 bertempat di KGSS, Kota Damansara. Pada kali ini, ahli yang hadir perlu membuat pemilihan untuk melantik Exco baru bagi sesi 2014-2016. Sdr Mazlan Razak (83) telah bertindak sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan majlis.
Jumlah kehadiran ahli yang direkodkan sewaktu pendaftaran adalah seramai 213 orang dari pelbagai batch dan jumlah ini amat memberangsangkan berbanding majlis yang sama pada tahun yang sebelumnya. AGM pada kali ini juga telah memcatatkan sejarah dimana seramai 3 orang ahli EXSAS telah menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden. Mereka ialah Sdr Zulfakar Alang Ahmad (88), Sdr Mohd Fuad Kamal Ariffin (80) dan Sdr Mohd Azli Abd Aziz (75).
Buat pertama kalinya juga Jawatankuasa Pemilihan telah diujudkan, diketuai oleh Sdr Mazlan bagi mengendalikan undian. Semua ahli dibekalkan kertas undi bagi memilih ahli jawatankuasa yang baru. Proses pengundian berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa penambahbaikan disaat-saat akhir. Senarai EXCO EXSAS yang telah dipilih untuk sesi 2014-2016 ada sebagaimana DISINI.
Sebelum itu, pada sebelah pagi telah diadakan Kejohanan Golf Exsas Antara Rumah dimana Rumah Apollo telah berjaya menjadi Johan.