Photo & Info : Wan Khairul Anuar FB
Shah Alam, 18 Mei 2014 - Pasukan Hoki EXSAS meraikan kejayaan mereka menduduki tangga ke 3 Division 4, Liga Hoki Kuala Lumpur 2013 dengan majlis makan malam yang ringkas dan santai di Restoran Seri Keningau, Seksyen 13, Shah alam malam semalam.
Terdahulu daripada itu, mereka telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Alumni UNITEN di Stadium Hoki Bukit Jalil yang berkesudahan dengan jaringan 0 - 3.
Pada majlis tersebut, mereka juga turut menerima medal tempat ketiga serta T-shirt rasmi pasukan.
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden EXSAS, Saudara Mohd Fuad Kamal Ariffin serta AJK Exsas, Saudara Safarin dan Wan Khairul Anuar yang juga merupakan salah seorang ahli pasukan Hoki EXSAS.
Warga EXSAS bangga dengan kejayaan mereka dan berterima kasih diatas kejayaan mereka melonjakkan nama EXSAS dipersada hoki tanahair. Syabas dan teruskan perjuangan.
#EXSASDIHATI